Wanita terima jambangan wang RM29,000

Wanita terima jambangan wang RM29,000

Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana menerima hadiah hari lahir berupa jambangan wang tunai berjumlah 100 juta rupiah (RM29,172.54) daripada rakan-rakannya, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Berdasarkan video yang tular di TikTok, wanita dikenali sebagai Ratih Puspitasari itu dilihat menunjukkan jambangan wang tunai tersebut yang digubah menggunakan wang kertas bernilai 100,000 rupiah (RM29.16).

Ia merupakan hadiah daripada tiga sahabat karibnya.

Menurut Ratih, dia mendapat hadiah tersebut pada ulang tahun kelahirannya, 11 Januari lalu.

“Ia merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya. Kami sudah kenal lama, namun hanya menjadi sahabat karib tahun lalu,” katanya.

Tambah Ratih, dia terkejut apabila menerima wang tersebut kerana nilainya yang banyak.

“Saya belum menggunakan wang itu dan tidak tahu hendak membelanjakannya untuk apa,” ujarnya.

Perkongsian wanita itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Pasti saya akan beli kereta baharu,” kata seorang netizen.

“Rakan baik saya hanya ajak makan di luar sahaja (ketika ulang tahun kelahiran),” komen seorang lagi. K Online

Wanita terima jambangan wang RM29,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker