Ibu sumbat mayat anak dalam beg pakaian ditangkap

Ibu sumbat mayat anak dalam beg pakaian ditangkap

BOBIGNY: Polis Perancis menahan ibu kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang mayatnya ditemui disumbat ke dalam beg pakaian di luar bandar Paris.

Mayat kanak-kanak lelaki malang itu ditemui semalam di bandar Ferrieres-en-Brie, di timur Paris.

Pendakwa raya wilayah berkata, ibu mangsa yang berusia 33 tahun dicari polis dan ditahan di bandar Choisy-le-Roi berhampiran rumah ahli keluarganya.



Kebimbangan tercetus apabila tompokan darah ditemui di rumah suspek, mendorong pihak polis memulakan operasi mencari.

Pendakwa raya dari bandar Meaux, Laureline Peyrefitte, berkata carian polis membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak itu disumbat dalam beg beroda yang kemudian diletakkan dalam tong sampah berhampiran rumah keluarganya.

“Dia mengalami beberapa kecederaan serius, kemungkinan besar disebabkan oleh tikaman,” katanya.

Satu proses bedah siasat diarahkan untuk menentukan punca sebenar kematian. BH



Ibu sumbat mayat anak dalam beg pakaian ditangkap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker