Azalina pesan pada pemimpin yang disiasat, kalau tidak buat jenayah kenapa nak kelang kabut

KOTA TINGGI: Individu atau mana-mana parti politik yang terlibat kes jenayah dinasihatkan supaya tidak panik dan kelam kabut, sebaliknya perlu membiarkan pihak agensi yang bertanggungjawab menjalankan siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institut), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, semua siasatan dilakukan tidak akan terhenti setakat satu agensi penguat kuasa sahaja.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan agensi penguat kuasa lain boleh melihat dan menilai kes-kes berkenaan. Jangan kita melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja yang bertanggungjawab dalam menyiasat.



“Siapa yang terlibat kes jenayah, jangan panik atau kelam kabut, biarkan agensi yang bertanggungjawab menjalankan siasatan.  Saya cuma dimaklumkan mereka ada memberikan maklumat baharu, tetapi saya tidak terlibat menjaga SPRM,” katanya.

Terdahulu, Azalina dalam jawapan bertulis dalam sidang Dewan Rakyat memaklumkan siasatan SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan mengatakan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU15.

Katanya, siasatan SPRM mendapati dakwaan itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu, sekali gus tiada fail siasatan dibuka.

Bagaimanapun Azalina dalam kenyataan lain menjelaskan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat, beliau hanya menyatakan SPRM tidak membuka fail memandangkan maklumat yang diperoleh setakat ini adalah bersifat umum.



Justeru, siasatan dakwaan dana judi melibatkan PN semasa kempen PRU15 tidak dihenti atau digugurkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilaporkan mempertahan kenyataannya berhubung dakwaan PN memperoleh dana judi untuk berkempen semasa PRU15.

Anwar berkata, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sekiranya tidak mempunyai asas berhubung dakwaan sebelum ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker