Dana Palestin sumbangan rakyat Malaysia – RM17.8 juta

Dana Palestin sumbangan rakyat Malaysia - RM17.8 jutaDana Palestin sumbangan rakyat Malaysia – RM17.8 juta

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM17.8 juta dana berjaya dikumpul pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan yang membentuk MyAqsa Defenders (MAD) melalui sumbangan orang ramai terhadap rakyat Palestin.

Menurut kenyataan MAD, hasil sumbangan itu akan digunakan secara berperingkat untuk disalurkan kepada klinik Malaysia-Al Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.

“Kempen khusus pengumpulan dana dari ahli gabungan NGO juga dijalankan sejak hari pertama serangan Israel dan hasil sumbangan dan kepercayaan rakyat Malaysia sumbangan terkumpul sehingga semalam ialah berjumlah RM17,878,518.37.

“Ini menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia kepada perjuangan pembebasan isu Palestin dan kepercayaan kepada gabungan ini untuk menguruskan amanah dengan telus dan penuh integriti,” kata kenyataan itu hari ini.

Serangan Israel terhadap bumi Palestin kini sudah memasuki hari ke sembilan sejak ia dilancarkan pada 7 Mei lalu dengan lebih 213 nyawa terkorban termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita.

MAD menggabungkan 20 NGO antaranya Cinta Gaza Malaysia (CGM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Malaysia fir Syria dan Iman Care.

Badan itu turut disertai 23 selebriti dan ikon kemanusiaan antaranya Heliza Helmi; MizzNina dan Noh Salleh; Faizal Tahir; PU Rahmat; Fedtri Yahya dan Natasha Hudson.

Selain kutipan dana, MAD juga menggerakkan Kempen #ShameOnIsrael dan #IsraelKoyak dan mengaktifkan pelbagai bentuk kesedaran dan advokasi di seluruh negara bahkan dunia.

Pada masa sama, MAD juga berkata, pihaknya komited dengan

agenda urus tadbir baik, ketelusan, dan akauntabiliti dalam melaksanakan program dan projek kemanusiaan dan kebajikan di Palestin mahupun di tanah air.

Katanya, MAD mengadaptasi kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan pentadbirannya dengan meletakkan komitmen antaranya bagi mewujudkan beberapa lapisan pentadbiran bagi menghindari sebarang konflik berkepentingan seperti lapisan Pengasas Bersama Gabungan dan Majlis Tertinggi Gabungan. BH

Dana Palestin sumbangan rakyat Malaysia – RM17.8 juta


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET

MyAqsaDefenders sasar kumpul dana RM10 juta bantu Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker