Ketam merah gergasi ‘serang’ Britain

KETAM merah gergasi yang boleh membesar sehingga 1.83 meter itu telah ditangkap di perairan daerah Yorkshire. – Alamy

YORKSHIRE – Spesies ketam merah gergasi dari Rusia dilaporkan mula membiak dengan banyak di perairan Britain yang bukan sahaja menyebabkan kegembiraan, malah ketakutan dalam kalangan nelayan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Haiwan laut yang boleh membesar sehingga lebar 1.83 meter dan berat 12.7 kilogram itu dilaporkan muncul di luar pantai daerah Yorkshire.

Nelayan-nelayan teruja dengan kehadiran haiwan yang terkenal dalam kalangan tukang masak itu namun khuatir spesies tersebut akan memakan semua kerang dan ketam coklat yang menjadi penghuni asal ekosistem kawasan itu.

Spesies ketam dengan cengkerang atasnya yang keras itu sebenarnya berasal dari Amerika Utara.

Saintis-saintis memperkenalkan spesies tersebut di Rusia pada tahun 1960-an yang seterusnya berkembang di Laut Artik.

Tidak lama kemudian, spesies itu berkembang ke Norway dan mencetuskan satu lagi ledakan bagi aktiviti memancing.

Kini, spesies itu mula berada di perairan Britain yang belum pernah ditemui dalam jumlah yang begitu besar sebelum ini.

Seorang pembekal ikan, Shaun Henderson memaklumkan bahawa salah seorang nelayannya berjaya menangkap sebanyak 40 ekor ketam merah gergasi di perairan Yorkshire.

Shaun yang merupakan pembekal kepada 80 buah restoran berkata, keluarganya telah memancing selama dua generasi tetapi tiada seorang pun yang pernah menangkap ketam merah gergasi sebelum ini. – Agensi

Ketam merah gergasi ‘serang’ Britain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker