Pening kepala dapat jiran perangai macam ini

Pening kepala dapat jiran perangai macam ini

Adat hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.

Namun, ada juga senario di mana jiran bertindak di luar batas sehingga mengundang ketidakselesaan kepada orang lain.

Menerusi perkongsian video oleh Siti Zura Jamal di media sosial, dia menceritakan tentang tindakan jirannya yang dianggap melampau apabila mereka dipercayai meletakkan kedudukan saluran paip pendingin hawa ke kawasan rumahnya.

Menurutnya, jirannya menafikan melakukan perkara itu dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu mengenai posisi paip yang menghala ke arah kawasan rumah jiran sebelah.

“Aku cuma tak puas hati dengan perangai jiran yang tidak fikir perasaan jiran lain, kawasan depan rumah akan ada air bertakung setiap kali pendingin hawa jiran dibuka.

“Dah jumpa jiran sebelah rumah itu dia kata dia tidak tahu keadaan paip seperti itu,” katanya.

Tambah Siti, situasi itu merupakan kali ketiga suaminya bertindak mengalihkan paip tersebut dan meletakkannya semula ke kawasan rumah jiran sebelah.

“Kali ketiga dah pergi rumah dan ubah kedudukan paip, tapi datang lagi nak kemas kawasan rumah, paip tu masih diubah semula ke arah rumah kami.

“Tak tahu la nak kata apa dengan jiran sebelah ini, pening kepala saya dapat jiran macam ini,” ujarnya.

Susulan daripada itu, wanita tersebut bertindak berjumpa secara bersemuka dengan jirannya dan meminta supaya paip tersebut dialihkan serta berharap perkara sebegini tidak berulang lagi.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut mengecam tindakan jirannya itu dengan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Marah sahaja jiran yang macam itu, maklumkan sekiranya tidak segera dialihkan, awak buat laporan polis, tangkap gambar sebagai bukti,” kata Asmah Aziz.

“Naikkan tembok bagi tinggi, biar tak lepas nak buat macam itu lagi,” kata Oishen Mahat. K Online

Pening kepala dapat jiran perangai macam ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker