Peguam Negara akan ketuai siasatan insiden tengking KLIA – KSN

Peguam Negara akan ketuai siasatan insiden tengking KLIA – KSN

JAWATANKUASA Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, jawatankuasa ini dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Zuki berkata, jawatankuasa itu akan bersidang secepat mungkin bagi menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku pada 3 Ogos lalu.

Menurutnya jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengendalikan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Khamis lalu, seorang pegawai Imigresen yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA dilapor dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pegawai tinggi kerajaan itu di bilik berkenaan.

Insiden itu kemudian menjadi perbincangan terbuka susulan kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam membuat permohonan maaf terbuka.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan balas kemudian menafikan ketua pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen yang dimaksudkan.

Kenyataan JPA itu antara lain menjelaskan, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah hanya membuat teguran terhadap imigresen berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur. Utv

Peguam Negara akan ketuai siasatan insiden tengking KLIA – KSN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker