MR D.I.Y untung bersih RM135.19 juta

MR D.I.Y untung bersih RM135.19 juta

MR D.I.Y Group (M) Berhad mencatat untuk bersih pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 sebanyak RM135.19 juta berbanding RM82.13 juta sebelum ini. Perolehan syarikat tersebut juga naik sebanyak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM1.05 bilion daripada RM759.8 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Peruncit barangan pembaikan rumah itu mengaitkan keuntungan bersih serta perolehan yang lebih tinggi kepada peningkatan jumlah urus niaga yang menokok 35 peratus tahun ke tahun kepada RM36.1 juta selain sumbangan daripada cawangan baharu yang bertambah sebanyak 20.1 peratus tahun ke tahun iaitu daripada 827 kepada 993 cawangan.

“Lonjakan dalam perolehan ini juga konsisten dengan keadaan negara yang mula memasuki peralihan ke fasa endemik pada 1 April lalu sehingga membawa kepada pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, normalisasi perbelanjaan pengguna dan tahap perbelanjaan yang lebih tinggi disebabkan oleh musim perayaan.



“Kenaikan tahun ke tahun ini juga telah mengambil kira penutupan sementara beberapa cawangan yang berlaku pada suku yang sama tahun sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan itu mengisytiharkan dividen satu peringkat interim sebanyak 0.6 sen sesaham biasa atau kira-kira RM56.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 yang akan dibayar menjelang 21 September 2022 kepada pemegang saham syarikat yang namanya tertera dalam Rekod Pendeposit pada 25 Ogos 2022.

Kumpulan juga melahirkan keyakinan terhadap prospek masa hadapannya dan menyedari kesan inflasi serta kenaikan kadar faedah ke atas pendapatan boleh guna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Adrian Ong berkata, melangkah ke hadapan, pasaran akan menjadi lebih sensitif terhadap kesan luaran manakala ketangkasan dan responsif akan menjadi prinsip utama dalam falsafah pengurusan syarikat.



“Kami akan terus memberi tumpuan kepada objektif kami untuk memberikan pertumbuhan yang mampan termasuk nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan melalui strategi pengembangan cawangan sambil mengekalkan kecekapan operasi dan mengekalkan kos pada tahap optimum,” ujarnya.

Sasarannya adalah untuk membuka sebanyak 87 lagi cawangan merentas semua jenama kepada sejumlah 180 cawangan baharu pada tahun ini. Oleh itu, pertumbuhan akan didorong secara konsisten melalui penyampaian ikrar ‘Sentiasa Harga Rendah’, menyediakan pelanggan dengan pilihan yang lebih luas merangkumi 18,000 SKU produk kumpulan, ditambah dengan kemudahan dan kebolehcapaian lebih daripada 900 cawangan di seluruh negara. MG

MR D.I.Y untung bersih RM135.19 juta


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker