Terbaring atas kubur selepas rempuh kereta

Terbaring atas kubur selepas rempuh kereta

Melaka: Seorang penunggang motosikal patah kaki kiri selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta menyebabkan dia tercampak di atas kubur di kawasan Masjid Qariah Alai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku jam 10.24 pagi semalam ketika mangsa, Muhammad Amiruddin Basir, 24, yang menunggang Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari Alai, di sini, menuju Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Menurutnya, laporan kemalangan itu diterima Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah daripada anggota polis Pondok Hospital Melaka pada jam 10.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal terlanggar cermin sisi sebuah kereta dari arah bertentangan lalu hilang kawalan dan merempuh pula Perodua Bezza dipandu guru berusia 37 tahun.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa melambung sebelum jatuh di atas kubur di kawasan Masjid Qariah Alai,” katanya dihubungi di sini.

Christopher berkata, mangsa yang patah kaki kiri kini dirawat di Hospital Melaka dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, pemandu Perodua Bezza itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita minta saksi bebas tampil menyalurkan maklumat kemalangan kerana di tempat kejadian tiada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Terdahulu, gambar mangsa dalam keadaan terlentang di atas kubur dan memakai topi keledar berwarna biru tular di media sosial selepas kejadian. HM

Terbaring atas kubur selepas rempuh kereta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker