Ramai ingat kami ‘couple’ – Daiyan Trisha

Ramai ingat kami ‘couple’ – Daiyan Trisha

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha, 28, menepis dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan abang kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera, Nazreem Musa.

Bagaimanapun,Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, tidak menolak bahawa dia mengenali dan rapat dengan lelaki tersebut yang dianggap sebagai temannya sejak dua tahun lalu.



“Nazreem adalah sahabat baik saya. Tak dinafikan, sejak dua tahun lalu ramai pula yang sangka saya dengan dia ada apa-apa. Bercinta. Tapi hubungan kami ini tak lebih daripada sekadar sahabat.

“Mungkin orang sangka begitu kerana selalu tengok saya dengan dia selalu berdua kalau ada acara atau majlis, bergambar sama dan sebagainya.

“Tak ada apa-apalah. Kami kawan baik saja,”katanya.

Daiyan berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran telefilem Rompak di Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur, semalam.



Terdahulu, Daiyan dilihat kerap memuat naik gambar-gambarnya di media sosial bersama Nazreem yang setia menemaninya ke mana-mana majlis dan acara di ibu kota.

Selain itu, kongsi pelakon ini, dia tentunya menyayangi Nazreem namun enggan perasaan itu disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Iyalah, sayang sebagai kawan. Bukan bermaksud ‘friendzone’. Tapi selesa berkawan,”katanya.

Sementara itu, menjelaskan status terkini dirinya, Daiyan mengaku masih lagi solo dan tidak mempunyai teman lelaki buat masa ini.



“Saya masih single sekarang dan nak fokus pada kerjaya. Sudah tentu saya pernah bercinta sebelum ini, tapi tak ada la sepanjang 10 tahun dalam industri itu kekal single saja.

“Mungkin saya ini seorang yang sukakan privasi sikit. Walaupun privasi tapi bukan rahsia. Macam peminat mungkin boleh tahu saya ada seseorang atau tidak.

“Cuma sekarang ini, saya tak ada sesiapa dan memang hanya nak tumpu kepada kerjaya sahaja,” ujarnya. K Online

Ramai ingat kami ‘couple’ – Daiyan Trisha




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)



GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker