Anak tikus jadi snek makan petang



JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menjadikan beberapa anak tikus sebagai ‘snek’ makan petang tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com semalam.

Rakaman yang dimuat naik di laman Instagram @terangmedia itu menunjukkan lokasi seperti di sebuah kedai kopi.

Kelihatan di atas meja secawan kopi dan piring berisi beberapa ekor anak tikus yang tidak berbulu.

Aksi seorang lelaki menjadikan anak tikus (dalam bulatan) sebagai snek makan petang bersama air kopi. – Instagram

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut dengan bersahaja mempamerkan aksinya memakan anak tikus berkenaan.

Perbuatan menggelikan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan memakan anak tikus tersebut.




“Inilah punca mengapa dunia semakin banyak penyakit berjangkit,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Katanya ini ubat lelah tapi saya rasa ia hanya menambah penyakit dan bukan membaikkan kesihatan,” komen seorang lagi.

Bagi masyarakat Jawa, amalan memakan anak tikus adalah perkara biasa dan dikenali sebagai ‘Nguntal Cindil’.

Anak-anak tikus ini tidak akan dikunyah sebaliknya diletakkan di dalam mulut dan ditelan masuk ke dalam perut dengan tegukan air.

Masyarakat tersebut percaya amalan menelan anak tikus adalah satu teknik perubatan tradisional bagi merawat penyakit lelah atau asma. – Agensi




 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz



Leave a Reply

Your email address will not be published.