Lima kereta rosak akibat tanah mendap

Lima kereta rosak akibat tanah mendap

HUJAN lewat petang kebelakangan ini memang menggusarkan warga Lembah Klang yang baru sahaja berdepan banjir besar bulan lalu.

Dalam insiden petang ini, warga Lestari Perdana, Seri Kembangan dikejutkan dengan kejadian tanah mendap.



Berdasarkan gambar yang tular di media sosial malam ini, kejadian tanah mendap itu berlaku bersebelahan longkang sehingga menyebabkan kerosakan serius kepada jalan.

Malah, lima kenderaan dilaporkan rosak akibat kejadian tersebut.


Lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap dekat Seri Kembangan, Selangor hari ini./ Gambar Bomba

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata tiada kemalangan jiwa dalam insiden berkenaan.



Katanya, bomba menerima laporan jam 6.38 petang tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, berlaku kejadian tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima buah kenderaan rosak.

“Pihak bomba sedang menjalankan pemantauan di lokasi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Penolong Penguasa II Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Saharudin Abdul Razak berkata, lima kenderaan tersebut diletakkan di hadapan bengkel kereta yang jarak antara tebing yang mula runtuh dengan bengkel tersebut adalah tujuh meter.



“Keadaan hujan ketika kejadian itu menyebabkan longkang pecah sehingga berlakunya mendapan tanah dan lima kereta tersebut jatuh sedalam lima hingga enam meter.

“Susulan itu, anggota menutup kawasan kejadian kepada orang awam sebelum menyerahkannya kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Saharudin berkata kejadian mendapan tanah pernah berlaku di kawasan tersebut pada 2017 iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian hari ini. Utv

Lima kereta rosak akibat tanah mendap




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari



Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker