Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib

Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib

Selepas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad memohon maaf kepada Najib Razak, kali ini Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan pula tampil mengakui kesilapan kerana memberi komen mengenai satu hantaran berbaur fitnah di Twitter.

Peguam itu mengakui memberi komen pada hantaran pembantu Dr Mahathir Mohamad dikenali Adam Mukhriz yang mendakwa Ahli Parlimen Pekan itu mengeluarkan kenyataan negatif berhubung kesihatan Mahathir.

“Saya memberi komen di situ. Saya telah memadam komen berkenaan dan memohon maaf kepada anda (Najib) kerana menyangkakan perkara itu (hantaran jelik terhadap kesihatan Mahathir) adalah betul (dibuat di Facebook Najib),” katanya di Twitter.

Syahredzan membalas hantaran di Twitter Najib yang mendakwanya memberi respons terhadap dakwaan dibuat Adam itu.

Semalam, Amin memohon maaf dan menyedari kekhilafannya kerana berkongsi hantaran berbaur fitnah terhadap Najib.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri itu memberi amaran kepada Ahli Parlimen PKR berkenaan agar memadam hantaran mengaitkan namanya berhubung isu kesihatan Mahathir.

Najib memberi amaran akan menyaman Amin di ruangan komen laman Facebook (FB) wakil rakyat pembangkang itu selepas Amin membuat hantaran “Selamat jalan?” dengan tangkap layar menunjukkan akaun FB Najib Razak berhubung kesihatan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu. FMT

Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker