Kos kecilkan perut RM25,000, pintasan usus RM35,000



Kos kecilkan perut RM25,000, pintasan usus RM35,000

Seorang doktor pakar mendedahkan dia telah melakukan lebih 2,000 pembedahan bariatrik sejak 2019 ke atas yang ingin menurunkan berat badan dan ia mengambil masa antara 45 hingga 90 minit bagi setiap sesi.

Pakar perundingan, pembedahan dan bariatrik, Pusat Perubatan Hospital Cengild, Bangsar, Dr. Mustafa Mohammad Taher berkata, secara purata, sebanyak 20 hingga 25 pembedahan dilakukan dalam tempoh seminggu.

Katanya, pembedahan ba­riatrik terbahagi kepada dua iaitu sleeve gastrectomy (kecilkan perut) dan pintasan usus (Rouxen Y gastric bypass). Masing-masing melibatkan kos RM29,000 dan RM35,000.

Ads by Kiosked
“Tempoh pembedahan bergantung kepada jenis yang ­ingin dilakukan pesakit. Untuk kecilkan perut hanya 45 minit, manakala pintasan usus satu jam setengah.




“Pembedahan mengecilkan saiz perut bertujuan mengehadkan kuantiti makanan yang masuk ke dalam perut dan membuang bahagian perut yang mengeluarkan hormon ghrelin yang merangsang selera makan,” katanya.

Tambahnya, selepas ghrelin dibuang, pesakit akan mengalami sekatan kalori, kurang rasa lapar dan cepat kenyang.

Menurut Mustafa, pembedahan pintasan usus akan membuat kantung kecil daripada perut dihubungkan terus ke usus kecil.

“Usus kecil tidak dibuang sebaliknya membuat pintasan laluan usus supaya makanan cepat turun ke usus besar. Ia juga me­ngurangkan penyerapan ­nutrisi dan kalori sekali gus menurun­kan paras gula dalam darah,” katanya. K Online

Kos kecilkan perut RM25,000, pintasan usus RM35,000





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Leave a Reply

Your email address will not be published.