Astro beri tontotan percuma semua saluran filem, Korea

PETALING JAYA: Bagi meraikan kemenangan di majlis Anugerah Putra Brand 2021 dan sebagai tanda penghargaan di atas sokongan pelanggan, Astro akan memberi akses tontonan komplimentari untuk semua saluran filem dan Korea di platform TV dan Astro GO mulai 29 Januari hingga 6 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, pihaknya begitu teruja apabila Astro sekali lagi dipilih oleh rakyat Malaysia sebagai jenama media utama mereka.

Kata beliau, tahun ini dilihat lebih istimewa kerana Astro diumumkan sebagai pemenang kepada bukan sahaja satu kategori, malah empat kategori utama iaitu anugerah Platinum untuk Astro secara keseluruhan, kategori Perak untuk Go Shop dan kemenangan berganda dengan dua lagi anugerah Perak untuk radio, ERA dan HITZ.

“Saya dengan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan dan pendengar Astro di atas sokongan yang diberikan selama ini. Terima kasih, rakyat Malaysia!,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, pelanggan Astro boleh nikmati sajian menarik filem-filem pecah panggung dan banyak lagi program-program menarik yang lain di saluran HBO HD (CH411), HBO Family (CH414), HBO Hits (CH415), Hits Movies HD (CH401), Cinemax HD (CH412), Showcase Movies (CH413), tvN Movies HD (CH416), Citra HD (CH108), Thangathirai (CH241), BollyOne HD (CH251), Celestial Movies HD (CH309), Oh!K HD (CH394), tvN HD (CH395) dan BOO HD (CH404).

“Menariknya lagi, pelanggan juga boleh strim pelbagai program variasi Korea dan rangkaian drama bersiri di saluran eksklusif Astro GO, K-PLUS HD.

“Dalam pada itu, pelanggan Go Shop pula akan diberi tawaran diskaun sebanyak RM10 untuk sebarang pembelian berharga RM100 dan ke atas dengan menggunakan kod promo: PUTRATQ10 mulai 24 Januari hingga 6 Februari,” katanya. – UTUSAN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker