Lee Zii Jia serah surat rayuan kepada BAM

Lee Zii Jia serah surat rayuan kepada BAM

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan hari ini susulan tindakan badan induk itu tidak akan mendaftarkannya menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun.

BAM dalam satu kenyataan berkata, mereka akan meneliti rayuan juara All England itu bagi mencari penyelesaian terbaik.

Menurut badan induk itu, mereka sedar kemelut yang melanda ketika ini memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada komuniti badminton tetapi rakyat Malaysia.

“Kami memahami kekecewaan terhadap persatuan. Situasi ketika ini amat mencabar dan mendapat perhatian semua pihak daripada ahli politik sehinggalah pemain antarabangsa.

“Kami menghargai semua komen, kritikan dan maklum balas yang ditujukan kepada kami. Kami akan mengambil maklum segala luahan rakyat Malaysia. Utusan

Lee Zii Jia serah surat rayuan kepada BAM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker