Carragher dedah Messi hantar DM gelarnya keldai (Video)

Carragher dedah Messi hantar DM gelarnya keldai (Video)

Jamie Carragher mendedahkan Lionel Messi memanggilnya ‘keldai’ yang membawa maksud bodoh dalam bahasa slanga menerusi mesej di Instagram selepas pengkritik bola sepak itu mempersoalkan penghijrahannya ke Paris Saint Germain (PSG).

Menerusi Friday Night Football, Carragher berkata ‘saya menerima mesej peribadi di Instagram.

“Mesej itu daripada Messi sendiri. Saya tidak akan berkongsi mesej itu tetapi secara dasarnya dia memanggil saya keldai.’

Carragher turut mengetepikan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu dalam kesebelasan utama terbaik 2021 pilihannya.

“Messi menonton Monday Night Football. Jadi saya berharap dia menyaksikan Friday Night Football kerana saya sayangkan kamu.

“Pemain terbaik sepanjang zaman dan saya hanyalah keldai jika hendak dibandingkan dengan kamu. Saya terima tetapi kamu tidak berada dalam pasukan saya.

“Kamu tidak bermain dengan baik. Walaupun memenangi Copa America, itu tidak cukup untuk mengetepikan pemain pilihan saya, Mo Salah daripada pasukan ini.”

Selain Messi, Cristiano Ronaldo juga tidak berada dalam kesebelasan utama terbaik yang dipilih Carragher. BH

Carragher dedah Messi hantar DM gelarnya keldai (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker