Addy Kana belum bankrap – LHDN


Addy Kana belum bankrap – LHDN

Ahli perniagaan, Zaidi Kanapiah, atau dikenali sebagai Addy Kana, yang dituntut membayar cukai berjumlah RM1,455,823.10 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disahkan belum bankrap.

Perkara itu disahkan peguam bela LHDN, Siti Maisarah Ab Rahim, walaupun pihaknya sudah memfailkan notis kebankrapan terhadap ahli perniagaan itu.

“Perkara mengenai notis itu dimaklumkan ketika pengurusan kes saman oleh LHDN terhadap Addy Kana di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Chai Guan Hock, hari ini.



“Mahkamah kemudian menetapkan 26 April tahun depan, bagi pengurusan kes seterusnya,” katanya kepada BH.

Pada 1 Oktober tahun lalu, kerajaan selaku plaintif, memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN di Mahkamah Tinggi, dengan menamakan Zaidi, 37, sebagai defendan bagi tunggakan cukai selama dua tahun.

Berdasarkan pernyataan tuntutan diperoleh menerusi sistem mahkamah, kerajaan mendakwa bagi tahun Taksiran 2018 dan 2019, defendan ditaksirkan dengan taksiran tambahan masing-masing RM380,025.73 dan RM918,079.23.

Oleh kerana defendan gagal membayar keseluruhan cukai pendapatan dalam tempoh 30 hari ditetapkan mengikut Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus berjumlah RM38,002.57 dan RM91,807.92 dikenakan.



Ia ditambahkan ke atas keseluruhan cukai pendapatan yang masih belum dibayar bagi tahun Taksiran 2018 dan 2019.

Pada 28 Oktober 2021, kerajaan memohon untuk melucutkan hak wang lebih RM500,000 milik ahli perniagaan, Alvin Goh Leong Yeong dan isteri kepada Addy Kana, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff, serta beberapa syarikat mereka yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Addy Kana dan dua anggota polis, yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan satu sindiket perjudian dalam talian, dibebaskan dengan serta-merta.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus atau penahanan salah. BH



Addy Kana belum bankrap – LHDN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat



Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker