Maahad tahfiz Assyatirie terbakar lagi, kali ini cawangan Sungai Dedap

Maahad tahfiz Assyatirie terbakar lagi, kali ini cawangan Sungai Dedap

Seramai 240 orang pelajar terselamat selepas asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Sungai Dedap, Yan, Kedah, terbakar petang semalam.

Ini kebakaran kedua membabitkan maahad tahfiz tersebut dalam tempoh 24 jam. Kejadian pertama berlaku di cawangan Kampung Dulang Besar petang Sabtu.



Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang semalam, para pelajar, termasuk 15 yang dipindahkan dari cawangan Kampung Dulang Besar, terselamat kerana berada di blok pengajian lain.

Kebakaran yang melibatkan tingkat teratas bangunan asrama tiga tingkat itu berjaya dipadamkan oleh petugas maahad tahfiz menggunakan alat pemadam api sebelum bomba tiba, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan Fauzi Shuaib.

“Hasil pemantauan mendapati kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan yang melibatkan kebakaran 50% di bahagian siling dan tilam di dalam bilik asrama terbabit,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia semalam.

Pada Sabtu, asrama dua tingkat di Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Kampung Dulang Besar terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.25 petang.



Kebakaran di tingkat atas itu membabitkan kemusnahan 80%, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, dan punca kejadian masih disiasat.

Seramai 15 pelajar terselamat kerana menyertai aktiviti di luar sebelum menyedari asap tebal di atas sebelah kiri asrama berkenaan. FMT

Maahad tahfiz Assyatirie terbakar lagi, kali ini cawangan Sungai Dedap


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik



Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker