Bintang TV Realiti Korea Selatan Terima Padah, Guna Barangan Mewah Palsu

Bintang TV Realiti Korea Selatan Terima Padah, Guna Barangan Mewah Palsu

BINTANG TV realiti Korea Selatan, Song Ji-a menerima padah gara-gara kontroversi menggunakan barangan mewah palsu atau ciplak.

Dia yang popular menerusi program Netflix Single’s Inferno kini diketepikan daripada muncul dalam episod terbaharu program The Manager.

“Selepas mengadakan perbincangan, kami telah memutuskan untuk tidak menyiarkan rakaman yang membabitkan Song Ji-a”, kata wakil program tersebut.
Penampilannya di beberapa program lain, antaranya Omniscient Interfering View dan Knowing Bros, juga dilaporkan telah disunting.

Song, juga seorang YouTuber dan influencer yang dikenali dengan nama FreeZia baru-baru ini dikritik selepas netizen mendapati barang kemas, aksesori dan pakaian yang digunakan kononnya daripada jenama mewah seperti Dior, Chanel dan Van Cleef & Arpels adalah palsu.

“Saya telah memadam semua video dan gambar yang mengandungi barangan ciplak itu. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua jenama terbabit,” katanya.-AA/ CNA Life 

Bintang TV Realiti Korea Selatan Terima Padah, Guna Barangan Mewah Palsu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker