PRN Johor, BN Ikrar rampas Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas




PASIR GUDANG – Barisan Nasional (BN) nekad akan merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dan DUN Permas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dua kerusi dalam Parlimen Pasir Gudang itu akan cuba diambil semula yang kini disandang wakil rakyat DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya nyatakan kepada ahli parti bahawa kita semua ada tanggungjawab dan peranan untuk kembalikan Johor sebagai tiang seri UMNO.

“Kita akan pastikan, segala retorik janji dan tipu daya Pakatan Harapan (PH) serta mereka yang pernah menjadi sebahagian dari PH yang menipu pengundi, tidak akan berulang lagi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata demikian semasa melakukan tinjauan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen Pasir Gudang, di sini pada malam Jumaat.




Mohamed Khaled yang tewas semasa bertanding sebagai calon DUN Permas dan Parlimen Pasir Gudang sebelum ini, melawat PDM Telok Jawa di Kampung Kuala Masai dan PDM Sri Amar di Taman Sri Pandan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tewas di Parlimen Pasir Gudang dengan penyandang, Hassan Abdul Karim (Parti Keadilan Rakyat) dengan majoriti undi 24,276 dan DUN Permas tersungkur melawan Datuk Che Zakaria Mohd Salleh (Bersatu) dengan majoriti undi 8,746.

PRN Johor langkah UMNO bersihkan saingan politik sebelum PRU-15

Mohamed Khaled berkata, BN mempunyai ‘track record’ dalam menguruskan Malaysia yang majmuk hingga mampu memacu kestabilan dan kemakmuran negara berdasarkan pengalaman dimiliki.

Atas sebab itu katanya, amat penting untuk BN kembali mendapat mandat penuh daripada rakyat dan walau apa juga keadaannya, UMNO Pasir Gudang sudah bersedia memenangkan calon DUN Johor Jaya dan DUN Permas.

“PRU ke14 telah membuktikan bahawa, wakil-wakil rakyat PH yang dipilih gagal berkhidmat dan tidak membawa apa-apa perubahan kepada Pasir Gudang,” ujarnya.




Pada Sabtu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dijangka mengadakan sidang akhbar selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat UMNO negeri di Ibu Pejabat UMNO Johor di bandaraya ini.

Khabar angin bahawa Johor bakal berdepan pelaksanaan PRN dalam waktu terdekat selepas kedudukan kerajaan negeri dilihat goyah kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi DUN iaitu 28 berbanding 27 kerusi pembangkang.

Perkembangan itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga merupakan bekas Menteri Besar Johor meninggal dunia pada 21 Disember lalu sebelun diputuskan tiada keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) di Kempas.

PRN Johor, BN Ikrar rampas Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hanya 6 bahagian Umno mahu pemilihan parti sebelum PRU15 – Zahid



Leave a Reply

Your email address will not be published.