Kenaikan harga barang fenomena seluruh dunia

Kenaikan harga barang fenomena seluruh dunia

Kombinasi antara permintaan lebih tinggi dan rantaian bekalan global ketat yang berterusan menyebabkan gelombang inflasi melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ketua Ahli Ekonomi OCBC Bank, Selena Ling, berkata jika inflasi tinggi berkekalan pada separuh pertama tahun ini, ia bukan lagi disebabkan harga perbandingan yang rendah daripada 2020 semata-mata, tetapi akibat sekatan pergerakan dan kawalan sempadan yang berlarutan.

“Pada mulanya disebabkan varian Delta dan sekarang disebabkan Omicron. Ini menunjukkan bahawa inflasi tidak akan reda dalam tempoh terdekat, melainkan berlaku satu lagi kemelesetan global.

“Malah, senario ‘stagflasi’ (pertumbuhan ekonomi perlahan diiringi kadar inflasi tinggi) yang amat dibimbangi mungkin menjadi kenyataan,” katanya dalam Tinjauan Ekonomi 2022 yang diterbitkan hari ini.

Ling bagaimanapun berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) menggambarkan inflasi sebagai terkawal dan bukan masalah besar di Malaysia dengan inflasi teras dijangka kekal rendah pada kadar di bawah satu peratus tahun ini, manakala inflasi utama dijangka sederhana.

“Namun, BNM tetap memberikan peringatan bahawa ‘situasi harga komoditi global’ dan ‘gangguan berkaitan bekalan berterusan’ mungkin mempengaruhi unjuran inflasi. Bagaimanapun mesej asas yang jelas ingin disampaikan ialah inflasi bukan ‘masalah besar’ bagi Malaysia dan kita tidak perlu mengetatkan dasar.

“Sama ada kesan inflasi adalah sederhana seperti dijangka, fokus terhadap perkara ini menunjukkan bahawa isu sudah berubah dengan ketara.

“Jika dulu mesej asasnya berkisar kepada pertumbuhan memuaskan walaupun dengan cabaran jangka pendek yang dihadapi, lantas tiada lagi pemotongan kadar, mesej kini berubah dengan nyata kepada lebih penekanan terhadap cara inflasi masih dapat dikawal dan bagaimana kadar dasar tidak perlu dinaikkan,” katanya.

Beliau berkata, bank pusat dijangka terus komited untuk menyokong pertumbuhan setakat mana yang mungkin dengan mengekalkan kadar pada paras rendah semasa

“Inflasi dijangka terkawal, begitu juga jurang output yang wujud. Kadar pengangguran contohnya masih tinggi pada kadar 4.3 peratus.

“Walaupun angkanya turun daripada paras puncak 5.3 peratus tahun lalu, tahap pengangguran kekal melebihi kadar 3.3 peratus sebelum pandemik dan ini menjadi satu lagi tanda bahawa kesan pandemik terhadap pasaran buruh masih belum diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa BNM boleh dan akan terus mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 1.75 peratus sepanjang 2022.

“Pandangan itu adalah berasaskan beberapa faktor lain. Selain daripada keadaan inflasi tempatan, mungkin yang paling penting ialah sentimen pasaran global.

“Risiko utama adalah berlakunya perubahan kadar dana Rizab Persekutuan (Fed) dengan begitu pantas sehingga timbul senario pergolakan pasaran yang memaksa bank pusat negara sedang membangun, termasuk Malaysia, mengambil tindakan mengukuhkan sentimen.

“Senario ini tidak harus diabaikan dalam keadaan semasa,” katanya. BH

Kenaikan harga barang fenomena seluruh dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker