Himpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong trafik, tutup sementara stesen kereta api esok
Himpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong trafik, tutup sementara stesen kereta api esok
Polis melakukan enam lencongan di sekitar Kuala Lumpur sebagai persediaan menghadapi protes jalanan terhadap Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, esok.
Lencongan berkenaan meliputi Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, dalam sidang medianya berkata, lencongan itu berkuat kuasa pada 7 pagi, esok.
Katanya, beberapa stesen kereta api, LRT dan MRT di kawasan berkenaan juga akan ditutup sementara.
“Kami belum menerima pemakluman rasmi berhubung perhimpunan itu seperti dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.
Penunjuk perasaan #TangkapAzamBaki membabitkan kumpulan masyarakat sivil dan sayap Pemuda pembangkang daripada pelbagai parti dijangka turun bagi menyatakan bantahan terhadap Azam. Mereka dijadual berkumpul di pusat beli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 11 pagi, esok.
Berikut beberapa stesen yang dijangka ditutup sementara;
LRT Ampang Line/Sri Petaling Line – Pudu, Hang Tuah, Masjid Jamek, Plaza Rakyat, Bandaraya, Sultan Ismail
LRT Kelana Jaya Line – Kampung Baru, Dang Wangi, Masjid Jamek, Pasar Seni
MRT Sg Buloh- Kajang Line – Bukit Bintang, Merdeka, Pasar Seni
Monorail – Medan Tuanku, Bukit Nanas, Raja Chulan, Bukit Bintang, Imbi, Hang Tuah, Maharajalela, Tun Sambanthan, KL Sentral
KTM – Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra
Noor Dellhan ketika mengulas lanjut, berkata pihaknya memberi amaran supaya orang awam tidak terbabit dalam perhimpunan berkenaan, selain mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba berhimpun.
“Mahkamah sudah mengeluarkan perintah membenarkan polis menyekat sesiapa sahaja yang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek,” katanya sambil menambah perintah mahkamah itu berlangsung selama tujuh hari.
Katanya, seramai 1,010 anggota polis akan digerakkan ke lokasi perhimpunan sekiranya penunjuk perasaan berkumpul.
Noor Dellhan berkata, seramai 16 individu sudah dipanggil polis berhubung perhimpunan berkenaan, namun belum mengenalpasti pihak penganjur sebenar. FMT
Himpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong trafik, tutup sementara stesen kereta api esok
Baca Artikel Menarik :
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP
- Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda
- Dijel kerana cuba curi tumbuhan lebih setengah juta ringgit
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor?
- Bengang dikeluarkan, Ronaldo lempar jaket
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Sempat selfie semasa kereta karam dalam sungai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan
You must be logged in to post a comment.