Pemandu mabuk didenda cuci rumah mayat



Pemandu mabuk didenda cuci rumah mayat

TAIPEI – Pihak berkuasa di bandar Kaohsiung, Taiwan dilaporkan mengenakan denda terhadap pemandu mabuk dengan mengarahkan pesalah untuk membersihkan rumah-rumah mayat, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Hukuman tersebut dikenakan bagi membiarkan pesalah mengalami sendiri situasi dekat dengan kematian.

Bulan lalu, bandar itu digemparkan dengan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk yang mengakibatkan seorang lelaki maut dan tiga yang lain cedera.

Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Qimai memaklumkan bahawa mereka yang disabitkan kesalahan sedemikian atau berdepan penangguhan pendakwaan, perlu didenda melakukan kerja kemasyarakatan di rumah-rumah pengebumian tempatan.




Beberapa hari lalu, kumpulan pertama seramai 11 pemandu mabuk diarahkan menjalani hukuman tersebut di Pejabat Pengurusan Pengebumian Bandar Kaohsiung.

Mereka diarahkan membersihkan bilik mayat, peti penyejuk mayat dan tempat pembakaran mayat.

Setiausaha Hal Ehwal Awam, Yan Qingzhi berkata, pihaknya dengan tegas melaksanakan inisiatif sifar pemandu mabuk.

Pihak berkuasa berharap agar denda sedemikian dapat membantu pesalah untuk berwaspada dengan keselamatan diri sendiri, menghormati nyawa orang lain, tidak memandu semasa mabuk, meningkatkan keselamatan jalan raya serta menghormati hak serta kepentingan pengguna jalan raya lain.

Selepas empat jam menerima hukuman, pesalah tersebut menyatakan kekesalan atas kesalahan yang dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi. K Online




Pemandu mabuk didenda cuci rumah mayat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.