Nasi goreng sotong tukang masak buta viral

Nasi goreng sotong tukang masak buta viral

DUNGUN – Menu nasi goreng sotong emas yang merupakan air tangan pengusaha kedai makan yang mempunyai masalah penglihatan menjadi sebutan ramai pelanggan di Kampung Balai Besar di sini.

Mohd. Arif Abdullah, 50, yang buta mata kiri dan rabun mata kanan sejak kecil berkata, menu ciptaannya itu merupakan nasi goreng yang disaji bersama sotong celup tepung.

“Sotong digoreng garing de­ngan salutan ramuan tepung yang saya cipta dan adun sendiri. Tak sangka ia menjadi tular dan kedai makan ini mula dikunjungi ramai pelanggan sejak tiga tahun lalu.

“Nasi goreng sotong emas yang dijual RM10 sepinggan bukan sahaja dicari pelanggan tempatan malah dari Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Kampung Balai Besar di sini.

Mohd. Arif mampu menjual sehingga 100 kilogram (kg) sotong setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memesan nasi goreng sotong emas.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, dia memperoleh pendapatan RM1,000 sehari hasil jualan makanan itu.

“Sebelum ini, saya dan isteri, Suhana Mohamad pernah berapa kali gagal mengusahakan kedai makan termasuk menutup operasi sementara pada tahun 2013.

“Syukur berkat sabar dan izin Allah, kami berjaya bangkit semula dengan menu nasi goreng sotong emas,” katanya.

Mohd. Arif memberitahu, ia secara tidak langsung membuktikan golongan orang kelainan upaya (OKU) sepertinya juga boleh berdikari dan berjaya dalam perniagaan.

Walaupun mengalami masalah penglihatan, Mohd. Arif bersyukur dikurniakan bakat memasak.

“Alhamdulillah, saya bercadang untuk melebarkan perniagaan membuka cawangan di Kuantan dalam masa terdekat,” katanya. Kedai nasi goreng sotong emas dibuka pada setiap hari bermula pukul 12 tengah hari hingga 10.30 malam kecuali Jumaat. K Online

Nasi goreng sotong tukang masak buta viral


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker