Tikam isteri tak dapat wang beli dadah
LAHAD DATU – Seorang lelaki sanggup menikam isterinya menggunakan gunting selepas tidak diberikan wang untuk membeli bekalan dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa merupakan wanita warga Filipina berusia 21 tahun mengalami kecederaan di lengan kanan sehingga terpaksa menerima tiga jahitan di Klinik Kesihatan Desa Kencana, di sini.
“Suspek berusia 25 tahun dipercayai bertindak menikam isterinya menggunakan gunting setelah permintaannya untuk mendapatkan wang bagi tujuan membeli dadah tidak dipenuhi,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Katanya lagi, hasil siasatan mendapati, pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan tiga tahun.
“Suspek kemudian datang menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu,” katanya.
Tikam isteri tak dapat wang beli dadah
Baca Artikel Menarik:
- Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
- Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
- Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
- Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
- Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
- Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
- Poster man UMNO, awalkan PRU15
- Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
- Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
- Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
- Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET