Mahu ke Korea Selatan? Pastikan 5 Restoran Dan Kafe Milik Artis Kpop Ada Dalam ‘Bucket List’ Kamu!

Mahu ke Korea Selatan? Pastikan 5 Restoran Dan Kafe Milik Artis Kpop Ada Dalam ‘Bucket List’ Kamu!

SEBAGAI penggemar setia Kpop, pasti ada di antara kita yang mengimpikan untuk berkunjung ke Korea Selatan bagi melawat lokasi menarik dan mempunyai kaitan dengan artis kegemaran.

Bermula daripada siri lokasi penggambaran video muzik, lokasi kegemaran artis Kpop, malah ada yang sanggup menunggu di hadapan syarikat agensi sekiranya bertuah bertemu selebriti kesayangan mereka.

Sementara menunggu pandemik benar-benar berakhir dan boleh ke luar negara, apa yang wajib ada dalam bucket list anda ialah berkunjung ke restoran dan kafe milik idola Kpop di Korea.

Berikut adalah senarai lima restoran dan kafe milik Kpop Idol yang mesti dilawati.

1. Magnate – Jimin ‘BTS’

Magnate yang dimiliki bapa kepada Jimin anggota kumpulan BTS ini mula beroperasi pada tahun 2019 dan menjadi tempat berkumpul peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Army.

Bukan sahaja suasana kafe yang sangat luas dan selesa, ada di antara Army yang berkunjung mendakwa pernah berjumpa dengan bapa Jimin.

Kafe ini menyediakan pelbagai menu minuman seperti kopi selain mengetengahkan reka bentuk dalamannya yang estetik.

Alamat: 1786-19, Daeyeon-dong, Nam-gu, Busan.

Cara ke sana: Dengan menaiki bas No. 10, 101, 138, Namgu10 atau Namgu9 ke perhentian Sekolah Rendah Yeonpo di Busan. Kemudian, berjalan di sebelah kanan kedai ubat yang bertentangan dengan kompleks pangsapuri Lottle Castle. Magnate terletak di sebelah kiri.

2. Otsu Seiromushi – Jin ‘BTS’

Restoran milik Jin BTS juga menyajikan hidangan Jepun yang diuruskan oleh Jin dan abangnya.

Kebiasaannya restoran ini beroperasi pada waktu malam dan hanya menerima pengunjung yang telah menempah awal.

Rata-rata pengunjung perlu menunggu sekurang-kurangnya dua jam dalam senarai menunggu untuk menikmati hidangan di situ.

Alamat: 30 Baekjegobun-ro 45-gil Songpa Ildong, Songpa-gu

Cara ke sana: Menaiki kereta api bawah tanah ke stesen Jamsil. Keluar dari stesen, anda akan menemui restoran Jepun ini yang terletak di seberang tasik.

3. Gongbench – Suga ‘BTS’

Kafe ini adalah tempat yang wajib dikunjungi terutamanya Army di Pulau Jeju. Menariknya, kafe ini terletak di tepi laut milik Suga BTS yang diuruskan oleh adiknya, Geumjae.

Tidak hanya menyajikan pelbagai pastri dan kopi, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan laut Jeju yang indah bertentangan restoran disamping dapat melawat ke muzium seni yang bersambung dengan restoran.

Namun dilaporkan kafe itu telah bertukar milik.

Alamat: 83, Dongbok-ro, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do

Cara ke sana: Kafe ini terletak di bahagian timur laut Pulau Jeju, agak sukar untuk ke sana dengan pengangkutan awam. Anda disyorkan menyewa kereta untuk sampai ke sana.

4. Kamong Espresso – KAI ‘EXO’

Kamong Espresso adalah tempat berkumpulnya ahli EXO dan peminat mereka yang dimiliki oleh Kai EXO yang diuruskan bersama kakaknya.

Nama ‘Kamong’ diilhamkan daripada namanya sendiri dan anjingnya, yang digelar ‘Monggu’.

Menghidangkan pelbagai jenis kopi dan pencuci mulut yang sesuai untuk penggemar makanan manis, kafe ini tidak pernah sepi daripada pengunjung.

Reka bentuk dalaman juga didominasikan dengan warna monocrome sekaligus pilihan perabot ringkas tetapi elegen.

Alamat: 356 Seocho-dong, Seocho-gu, Seoul

Cara ke sana: Menaiki MRT ke Laluan 2 di Stesen Gyodae Exit 1. Turun dari MRT, berjalan terus kira-kira 5-10 minit, dan kafe Kamong terletak di sebelah kanan anda (tingkat 2).

5. Aewol Monsant – G-Dragon Big Bang

Aewol Monsant adalah salah satu daripada beberapa kafe yang patut dikunjungi ketika bercuti di Pulau Jeju. Ini kerana, kafe popular ini ditubuhkan oleh G-dragon daripada kumpulan Big Bang yang terletak di kawasan Aewol, Pulau Jeju.

Selain reka bentuk dalaman dan luaran kafe yang sangat cantik, ia juga dikelilingi cermin yang memantulkan pemandangan sekeliling. Pengunjung turut menikmati keindahan matahari terbenam Pulau Jeju pada sebelah petang.

Alamat: 546, Aewol-ri, Aewol-eup, Cheju, Jeju-do

Cara ke sana: Dari terminal bas Jeju Intercity, menaiki bas bernombor #702 (ke arah Gosan). Turun di perhentian bas Han Dam Dong. Jalan kira-kira lima minit dari perhentian bas dan Aewol Monsant terletak di belakang Bomnal Café.

Mahu ke Korea Selatan? Pastikan 5 Restoran Dan Kafe Milik Artis Kpop Ada Dalam ‘Bucket List’ Kamu!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

ongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker