Rogol anak saudara OKU, warga emas dapat habuan penjara 15 tahun, 10 sebatan

TAWAU – Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta 10 kali sebatan ke atas seorang lelaki warga emas selepas mengaku bersalah merogol anak saudaranya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam dalam kejadian pada Mac tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 60, dijatuhi hukuman terbabit oleh hakim Rosli Ahmad selepas mengaku salah bagi pertuduhan yang disabitkan.

Menurut pertuduhan, tertuduh yang juga bekerja sebagai buruh ladang didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun (ketika kejadian) di dalam tandas dalam sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di daerah Semporna 7 Mac 2022 pada pukul 12.30 tengah malam.

Ekoran kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta hukuman sebat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh tinggal sebumbung bersama mangsa dan ibunya.

Mangsa ketika kejadian bangun untuk pergi ke tandas sekitar pukul 12.30 tengah malam sebelum tertuduh mengekori mangsa lalu merogolnya.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan disedari ibu mangsa yang sempat menyaksikan sendiri perbuatan tertuduh merogol anaknya dan kemudiannya membuat laporan polis.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman diringankan dengan alasan mempunyai penyakit kencing manis.

Sementara itu, mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 6 April 2022

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker