Lacurkan isteri dan anak, pemandu lori dipenjara 33 tahun


Mahkamah Sesyen Klang pada Isnin menjatuhkan hukuman 33 tahun penjara ke atas seorang pemandu lori, 44, bagi dua tuduhan berasingan melacurkan isteri dan anak kandungnya.

Tertuduh turut dituduh merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun di bawah Seksyen 13(b) dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Hakim, Roszianayati Ahmad menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dari tarikh tangkap dan RM10,000 pampasan atas kesalahan melacurkan isteri.

Manakala bagi kesalahan melacurkan anak, hukuman 18 tahun penjara dari tarikh tangkap dan bayaran pampasan RM10,000.

Kedua-dua hukuman akan dijalankan secara berasingan yang menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 33 tahun dan pampasan berjumlah RM20,000.

Sekiranya tertuduh gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara turut dijatuhkan bagi setiap pertuduhan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan media hari ini, menyeru orang ramai untuk terus melaporkan kepada pihak polis berhubung kejadian seumpamanya agar pesalah dapat dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya.

“Pihak polis sekali lagi ingin menegaskan kepada orang ramai bahawa perlakuan jenayah atas kesalahan ATIPSOM merupakan kesalahan yang serius.

“Ia akan diambil tindakan yang tegas di sisi undang-undang,” katanya. Mk

PAS ibarat ‘ibu bapa kaki judi nak lacurkan anak’, dakwa Mahfuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker