PAS ibarat ‘ibu bapa kaki judi nak lacurkan anak’, dakwa Mahfuz

Share

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Amanah umpama ‘anak derhaka’ parti itu.

Menurutnya, sikap itu sudah sinonim dengan kepimpinan PAS yang melabel pihak lain dengan pelbagai gelaran.

Bagaimanapun katanya, realiti di sebalik kenyataan ahli parlimen Marang itu adalah salah sama sekali kerana sikap pemimpin PAS sendiri yang menyebabkan wujudnya Amanah.

“PAS ini ibarat ibu bapa yang suka berjudi, kemudian bila kalah judi dia mahu lacurkan anak.

“Sebagai anak kita bukan derhaka, daripada kena lacur lebih baik lari selamatkan diri,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan Amanah sebagai anak derhaka kerana masih bekerjasama dengan DAP.

Kalau anda terlepas…

ULASAN | Perkauman binasakan perpaduan
Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata demikian ketika mengulas video yang memaparkan kenyataan Ketua Wirawati Warisan Bahagian Putatan, Izzatul Aini Nissanso yang mendakwa Amanah ibarat anak PAS.

Dalam rakaman yang tular itu, Izzatul Aini dilaporkan berkata, ahli-ahli PAS perlu mengundi Rosdy Wasli kerana pembawaan calon Amanah yang bertanding di DUN Tanjung Keramat itu sama seperti wajah pemimpin PAS.

Sementara itu, Mahfuz menegaskan Amanah diwujudkan oleh pimpinan PAS yang menghidu lebih awal parti itu mahu bekerjasama dengan Umno yang selama ini ditentang habis-habisan.

Justeru katanya, daripada ‘dilacurkan’ kepada Umno lebih baik mereka lari untuk selamatkan diri.

“Kami bukan anak derhaka, tapi bertindak melarikan diri selepas hidu lebih awal tindakan yang dibuat oleh ibu bapa. Ini bukan soal DAP,” katanya. Mk

One thought on “PAS ibarat ‘ibu bapa kaki judi nak lacurkan anak’, dakwa Mahfuz

  • September 21, 2020 at 18:50
    Permalink

    Mulut Mahfuz terlalu celupar. Tak layak jadi pemimpin. jadi pencuci tandas dan jaga tandas.

    Reply

Leave a Reply