Jangan ugut dengan tindakan undang-undang – PAC

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyifatkan kenyataan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bahawa ia sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi PAC sebagai tidak patut sama sekali dan suatu percubaan untuk mencabar serta mencabuli keutuhan institusi Parlimen.

Pengerusinya Wong Kah Woh berkata tindakan YWP itu adalah berkenaan Laporan PAC berhubung Penjualan Tanah Milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibentangkan di Parlimen, Rabu lalu.

“Segala tuduhan terhadap laporan berkenaan adalah sama sekali tidak berasas dan PAC telah menjalankan siasatan terhadap mana-mana isu tanpa prejudis kepada mana-mana pihak,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Parlimen hari ini.

Yayasan Wilayah Persekutuan tetap dipengerusi menteri



Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata dia akan mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dalam siasatan berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Namun, bercanggah dengan cadangan PAC, Annuar berkata Yayasan Wilayah Persekutuan akan tetap dipengerusikan oleh menteri.

Laporan PAC sebelum ini menyatakan bahawa terdapat konflik kepentingan menteri dan penglibatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam yayasan tersebut.

Ini kerana badan amal itu didapati membeli tanah dari DBKL, entiti yang juga diketuai oleh menteri dan Datuk Bandar.



Dalam sidang media di lobi Parlimen pagi ini, Annuar menolak kebimbangan tersebut.

“Dalam Memorandum dan Artikel Pertubuhan (M&A), telah disebut sesiapa yang menjadi menteri wilayah persekutuan, secara automatik dilantik (sebagai pengerusi).

“Jadi saya sekarang menjadi pengerusi dilantik oleh yayasan, bukan dilantik oleh sesiapa tapi oleh yayasan dan saudara Khalid Samad juga pernah menjadi pengerusi sebelum ini,” katanya.

Diminta mengulas lanjut sama ada penglibatan menteri dalam yayasan tersebut merupakan konflik kepentingan atau tidak, Annuar berkata:



“Itu terpulang kepada tindakan kita nanti. Sebab itu saya kata pandangan PAC boleh kita teliti. Kita tidak dalam penafian.

“Kalau PAC ada buat satu penelitian, asalkan penelitian itu berasas, tidak salah untuk kita memberi perhatian yang serius kepada syor-syor dan pandangan PAC.”

Annuar juga menjelaskan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika ini, Mahadi Che Ngah bukan sebahagian lembaga pengarah yayasan itu.

“Saya meneliti M&A yayasan dan mendapati bahawa Datuk Bandar tidak memegang jawatan dalam yayasan.



“Jadi tidak ada konflik kepentingan antara Datuk Bandar dan yayasan,” katanya.

PAC sebelum ini mengesyorkan agar Yayasan Wilayah Persekutuan disusun semula agar menteri dan Datuk Bandar tidak terlibat.

PAC juga menggesa yayasan berkenaan diubah menjadi badan berkanun untuk memungkinkan pengawasan kerajaan, terutama oleh Jabatan Audit Negara.

Mengulas perkara itu, Annuar menyatakan bahawa yayasan tersebut akan tetap menjadi organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat.



“Yayasan ini akan tetap sebagai NGO,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker