Menyamar jadi gadis kayangan rupanya pencuri telefon bimbit

Pencuri tersebut cuba mengabur pandangan ramai dengan memakai pakaian seperti golongan atasan. – TikTok

JAKARTA – Taktik dua orang pencuri wanita di Indonesia yang memakai pakaian menyerupai golongan kelas atasan akhirnya berjaya dihidu selepas mereka diberkas oleh orang ramai kerana dituduh mencuri telefon bimbit, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan klip video yang tular di TikTok, dua wanita tersebut dilihat diberkas sekumpulan lelaki dalam kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah pasar raya.

“Dua orang gadis, sila berhati-hati semua. Di mana juga anda berada, sila jaga barangan berharga milik anda kerana semakin banyak kes seperti ini,” kata seorang pengguna media sosial yang memuat naik video itu.

Dalam klip video tersebut, kelihatan seorang gadis memakai gaun berwarna coklat sedang dibawa oleh beberapa orang lelaki ke suatu tempat.

Di hadapan gadis tersebut, seorang lagi gadis dipercayai rakan subahatnya memakai baju berwarna merah jambu turut dibawa untuk disoal siasat.

Kedua-dua mereka dilaporkan ditangkap ketika cuba mencuri telefon bimbit di pasar raya itu.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Inilah yang dikatakan biar papa asal bergaya,” kata seorang netizen.

“Gayanya kelihatan mewah, tetapi banyak hutang,” ujar seorang pengguna lain. – AGENSI

Menyamar jadi gadis kayangan rupanya pencuri telefon bimbit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker