Masa kecil saya tak sambut hari jadi, kadang tak ingat pun – PM

Masa kecil saya tak sambut hari jadi, kadang tak ingat pun – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semasa kecil beliau hampir tidak meraikan hari jadinya.

Malahan menurut Perdana Menteri, kadang kala beliau sendiri terlupa tarikh lahirnya sendiri yang jatuh pada 18 Januari.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, sejak berkeluarga dan mempunyai anak, beliau akan pastikan hari jadi anak-anaknya disambut pada setiap tahun.

“Masa kecil saya hampir tak celebrate (raikan) hari jadi ni. Ada tahun ingat, ada tahun ingat pun tak.

“Tapi bila saya ada anak, memang tiap tahun saya akan sambut hari jadi mereka.

“Walau sibuk macam mana pun saya tetap akan kosongkan jadual untuk mereka, daripada kecil sampailah dah besar panjang semua,” katanya dalam catatan Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri berkata, apabila usianya semakin tua dan anak-anak sudah dewasa, mereka pula yang sentiasa tidak sabar untuk meraikan harijadi beliau dan isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

“Alhamdulillah sebagai parents (ibu bapa), saya rasa sangat dihargai.

“Terima kasih juga kepada semua yang memberikan ucapan, doa dan sebagainya. Saya sangat menghargainya,” katanya yang menyambut harijadi ke-62 hari ini.

Ismail Sabri dilahirkan di Kampung Bukit Tingkat, Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960.

Tidak seperti Perdana Menteri sebelum ini yang dilahirkan di atas dulang emas atau keluarga bangsawan, Ahli Parlimen Bera itu hanyalah anak seorang penoreh getah.

Masa kecil saya tak sambut hari jadi, kadang tak ingat pun – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker