Chong Wei imbau dorongan Ismail Sabri di Olimpik Beijing 2008

Chong Wei imbau dorongan Ismail Sabri di Olimpik Beijing 2008

HARI ini genap 62 tahun usia Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun, bagi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, beliau mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya kepada pemimpin negara itu, iaitu dengan mengimbau kenangan semasa beraksi di pentas akhir Olimpik Beijing pada 2008 lalu.

Chong Wei berkata, ketika itu Ismail Sabri memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan telah menelefonnya secara peribadi untuk memberikan dorongan setelah dia tewas kepada Lin Dan di pentas akhir temasya tersebut.

Beliau berkata, peranan yang dimainkan Ismail Sabri ketika amat penting kepada semua ahli sukan seperti beliau dan perkara itu tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

“Thank you Chong Wei. Jangan putus asa. Seluruh Malaysia berterima kasih atas pengorbananmu dan don’t give up.

“Ia panggilan dan pesanan daripada Menteri (Belia dan) Sukan masa tu, Datuk Seri Ismail Sabri. Dorongan sebegitu amatlah penting kepada atlet-atlet Malaysia.

“Hari ini, Chong Wei ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob . Happy Birthday, Datuk Seri Ismail Sabri,” kongsinya menerusi Facebook beliau hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, Ismail Sabri merupakan seorang pemimpin yang amat disanjungi dan berharap Malaysia akan terus maju di bawah kepimpinan beliau.

“Semoga Malaysia akan kembali maju, padu dan ‘masyuk’ atas kepimpiman anda,” katanya.

Sebelum itu, Chong Wei turut berkongsi detik-detik bagaimana beliau dapat bertahan menghadapi kekalahan bertubi-tubi semasa di pentas akhir temasya dunia.

Katanya, jawapan mutlaknya ialah dorongan daripada segala genap lapisan Malaysia kepadanya.

“Di Olimpik 2008 Beijing, di tanah (air) Lin Dan (China), final (akhir). Saya kalah teruk 21-8 , 21-12.

“Mungkinlah ini nasib gua (saya). Mampukah Chong Wei (saya) terus berbakti kepada Malaysia?” katanya.

Kata beliau, hatinya sentiasa berdetik agar terus mencuba selagi mampu untuk menaikkan bendera Malaysia ke satu tahap paling atas.

Bagaimanapun beliau mengumumkan persaraannya pada 13 Jun 2019 selepas 19 tahun menabur bakti di gelanggang badminton.

Pencapaian tertinggi Chong Wei ialah meraih pingat perak di tiga temasya Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016

Beliau juga tiga kali muncul naib juara dunia bermula edisi 2011 di London, Guangzhou (2013) dan Jakarta pada 2015.

Chong Wei imbau dorongan Ismail Sabri di Olimpik Beijing 2008


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker