PRN Johor: Keputusan UMNO bertanding solo hanya boleh diputuskan secara konsensus

PRN Johor: Keputusan UMNO bertanding solo hanya boleh diputuskan secara konsensus

Keputusan sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekiranya diadakan, bergantung sepenuhnya kepada konsensus yang melibatkan kepimpinan tertinggi parti.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, parti itu sentiasa berada pada tahap bersedia sekiranya PRN itu benar-benar menjadi kenyataan.

“UMNO dan BN adalah parti yang sentiasa bersedia. Jika itulah keputusan di Johor (mengadakan PRN), UMNO sedia untuk pilihan raya.
“(Bertanding solo atau tidak) itu keputusan parti. Saya sebagai naib presiden, tidak berhak bercakap bagi pihak parti.

“Apa yang boleh saya katakan, ia terserah kepada keputusan parti, maknanya (melalui) konsensus.

“Sekiranya (kepimpinan) buat keputusan seperti (di PRN) Melaka, maknanya kita pergi solo. Tetapi, kalau sebaliknya, kita tidak pergi solo, jadi (ia ikut) keputusan parti,” katanya.

Mahdzir berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Persekolahan di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Padang Terap, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pengurusan melibatkan kepimpinan parti UMNO berjalan dengan baik, sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa parti itu berpecah kepada dua kem.

“Buat pertama kali Perdana Menteri (yang datang dari) UMNO adalah naib presiden. Selalunya Perdana Menteri adalah Presiden.

“Jadi, apabila naib presiden jadi Perdana Menteri, Presiden uruskan parti.

“Tetapi setakat ini, Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (jalankan tugas) sebagai Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (jalankan tugas sebagai) Presiden parti.

“Walaupun begitu, kita tidak nampak ada (percanggahan). Kita berada di bawah satu ‘frame’ untuk menuju pilihan raya umum (PRU) ke-15,” jelas Mahdzir.-AA

PRN Johor: Keputusan UMNO bertanding solo hanya boleh diputuskan secara konsensus

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker