‘Saya Dukacita…’,Saifuddin Kekal Bersama Bersatu Walau Ramai Rakan Sertai PBM
‘Saya Dukacita…’,Saifuddin Kekal Bersama Bersatu Walau Ramai Rakan Sertai PBM
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyatakan pendiriannya untuk terus kekal bersama Bersatu walaupun ramai dalam kalangan rakannya bertindak menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Saifuddin juga melahirkan rasa dukacita dengan tindakan mereka dan menaruh harapan agar mereka akan kekal bersama Bersatu.
“Saya tidak pastilah, sama ada ramai atau tidak ramai yang menyertai PBM namun saya dukacita kerana mereka ini kawan-kawan saya juga, ramai adalah kenalan dan memang kita mengharapkan supaya semuanya menyertai Bersatu, dan apa lagi kerana Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sangat accommodative kepada teman-teman yang meninggalkan PKR,” katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Reflisia Timur Berhad di dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Cenderawasih Timur Kuantan pada Sabtu.
Mengulas lanjut isu itu, Saifuddin meminta rakannya agar mengingati budi yang diberikan Muhyiddin sebelum ini namun tidak dapat menghalang niat dan hasrat mereka untuk menyertai atau menubuhkan parti baharu dan menganggap mereka mempunyai hak masing-masing.
“Jadi, pada saya budi baik Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu dan juga layanan yang diberikan oleh pimpinan Bersatu kepada kami yang keluar dari PKR kemudiannya menyertai Bersatu itu sangat sangat dihargai jadi pada saya saya agak terkilan kerana sepatutnya kita sama-sama membalas budi baik Tan Sri Muhyiddin dengan memperkuatkan lagi parti Bersatu,” katanya lagi.
Beliau mengulas laporan media yang mendakwa dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin Zuraida dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, antara yang disebut-sebut bakal menyertai PBM.-AA
‘Saya Dukacita…’,Saifuddin Kekal Bersama Bersatu Walau Ramai Rakan Sertai PBM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.