Berjaga Jaga Dalam Tempoh Dua Waktu Ini, Kritikal Risiko Berlaku Serangan Jantung
Berjaga Jaga Dalam Tempoh Dua Waktu Ini, Kritikal Risiko Berlaku Serangan Jantung
SUATU ketika dahulu penyakit dan serangan jantung hanyalah kita anggap sebagai penyakit bagi mereka yang telah lanjut usia dan tua.
Namun dengan peredaran masa semakin ramai yang kini kurang menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakanan diet yang seimbang menyebabkan lebih ramai individu yang jauh lebih muda berdepan penyakit berisiko ini.
Disebabkan itulah ia juga dikenali sebagai ‘silent killer’ di kalangan warga muda berusia awal 30 hingga lewat 40-an. Bagi anda yang berisiko seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stres dan kurang tidur, pastikan anda peka dengan waktu-waktu paling kritikal sebagaimana yang pernah dikongsikan dikongsikan Public Health Malaysia ini.
Terdapart dua waktu kritikal yang perlu anda berikan perhatian. Ini kerana ia adalah waktu paling bahaya dan kritikal jika berlakunya serangan jantung atau strok. Mengapa dua waktu ini dianggap cukup kritikal?
Ikuti perkongsian mereka di bawah!
Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekiranya berlaku serangan jantung atau strok.
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
PEMBENTUKAN KETULAN
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
Sekiranya anda tahu sesiapa mengalami gejalan serangan jantung pada waktu kritikal ini, dapatkan rawatan segera.
Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan tekanan darah terkawal pada waktu kritikal ini.
Tanyalah mana-mana doktor jantung sekarang. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua sahaja.
Kita sudah mula mendengar, serangan jantung berlaku pada seawal umur 20-an, dan menjadi lebih kerap pada umur 30-an.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jaga kesihatan, selalu bersenam dan makanlah dengan sihat.
Nescaya penyakit jantung akan menjauhi anda. Jaga kesihatan, semua!- Maskulin
Berjaga Jaga Dalam Tempoh Dua Waktu Ini, Kritikal Risiko Berlaku Serangan Jantung
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.