Nak sangatkah lockdown?

Sebaran :

‘LOCKDOWN, lockdown, lockdown’, nak sangatkah perintah berkurung dilaksanakan, sampaikan ramai bercakap mengenainya sejak kebelakangan ini.

Tak cukup di aplikasi WhatsApp, ada juga yang buat-buat tanya pasal mengenai perintah berkurung di laman-laman sosial.

Ada pula yang berkongsi maklumat kononnya perintah berkurung akan dilaksanakan menjelang Ramadan dan Syawal ini.

Ini mengundang kegusaran orang awam!



Tahukah anda, perbuatan itu sebenarnya menjuruskan diri anda kepada tindakan undang-undang?

Tiada alasan anda sekadar berkongsi maklumat, sedangkan ia adalah maklumat yang belum sahih dan dikhuatiri palsu.

Sepanjang bertugas sebagai wartawan di meja mahkamah dan jenayah, saya lali dengan alasan ‘Maafkan saya Yang Arif, saya tak tahu ia maklumat palsu, saya cuma berkongsi dengan rakan-rakan media sosial saya’.

Anda sebenarnya berdepan dengan tindakan undang-undang iaitu mengikut 4(1) ordinan darurat (Kuasa-kuasa Perlu)(No.2) 2021.



Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bukan itu sahaja, anda boleh didenda sehingga RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Lebih-lebih lagi apabila menjelang Ramadan dan Syawal, ramai pula berebut untuk menjadi yang pertama berkongsi berita mengenai perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan (PKP) diperketatkan. Kononnya merekalah orang pertama yang mengetahui perkara tersebut.

Mulalah nak petik ‘saya kenal dengan polis itu, rapat dengan orang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)’ malah ada pula sanggup kaitkan bersaudara dengan menteri.



Nak sangatkah sambut Syawal dalam keadaan berkurung, tiga tahun berturut-turut?

Tak dapat iktikaf di masjid, sambut Aidilfitri bersama ibu bapa di kampung dan ziarah tanah pusara.

Namun mujur beberapa hari lalu, kerajaan mengesahkan tidak bercadang untuk melaksanakan PKP secara besar-besaran sebagaimana sebelum ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kerajaan tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat ekoran penularan varian Omicron yang dilaporkan baru-baru ini.

Ia katanya, dengan mengambil kira pembentangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung penularan varian Omicron Covid-19, membabitkan 245 kes setakat ini.

Ujarnya, ia disahkan sebahagian besar berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

Malah Khairy Jamaluddin turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan isu itu, dengan berkata ‘Don’t mention the ‘L’ word’ (lockdown).

Walaupun PKP antara usaha kerajaan dalam menurunkan kes Covid-19, ia sebenarnya memberi kesan yang besar, bukan sahaja memberi kepada kestabilan ekonomi negara malah rakyat.

Ya, kita semua bimbang dengan penularan baharu Covid-19 itu, namun menyebarkan berita tidak pasti hanya akan mengundang perkara negatif kepada masyarakat.

Kita sepatutnya bertenang, ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Kita juga boleh memberi pendidikan kepada masyarakat agar tidak menjadi ejen kepada penyebaran berita palsu.

Peka dengan aplikasi MySejahtera dan ambil dos penggalak vaksin mengikut jadual yang diberi.

Harapan kita agar tahun 2022 ini menjadi tahun untuk membebaskan diri kita semua daripada belenggu Covid-19 dan berharap agar usaha kita semua ini membuahkan hasil.

Bagi golongan yang masih enggan untuk mengambil vaksin kita juga berharap mereka akan berubah fikiran demi untuk kebaikan semua pihak.

Memang sudah terbukti vaksin telah berjaya mengurangkan kes-kes Covid-19 dan tidak membahayakan mereka yang mengambil vaksin.

Kita berharap golongan yang tolak vaksin juga hentikan sebar sebarang maklumat palsu.

Noor Azlida Alimin

Nak sangatkah lockdown?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *