Bezza Model Popular, Pendaftaran Kenderaan PERODUA Pada Ogos Meningkat Kepada 26,039 Unit

Bezza Model Popular, Pendaftaran Kenderaan PERODUA Pada Ogos Meningkat Kepada 26,039 Unit

Pendaftaran kenderaan Perodua pada Ogos 2022 meningkat sebanyak 42 peratus kepada 26,039 unit berbanding 18,346 kenderaan dicatatkan pada Julai 2022 berikutan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata dari segi pengeluaran, Ogos adalah bulan terbaik setakat tahun ini dengan 28,036 unit dihasilkan, membawa kepada peningkatan yang baik dalam penghantaran untuk semua model.

Katanya Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi (6,252 unit) dan Axia (4,857 unit).

“Kami sedang berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan kami.

“Perodua Alza baharu kami menerima 51,000 tempahan setakat ini, dengan 7,682 unit telah didaftarkan pada Julai dan Ogos,” katanya dalam kenyataan semalam.

“Bagaimanapun, isu ini telah diatasi pada masa ini,” katanya.

Katanya pihaknya turut memantau kenaikan harga bahan mentah pada masa ini dan bekerjasama dengan ekosistem mengenai cara terbaik untuk mengurangkan impak tersebut terhadap operasinya.

Bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini, Perodua menyaksikan kenaikan sebanyak 63.7 peratus kepada 171,728 kenderaan yang didaftarkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 104,933 unit didaftarkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Bagaimanapun, Zainal Abidin berkata perbandingan bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini terganggu berikutan negara menjalani sekatan pergerakan antara 1 Jun, 2021 dan 15 Ogos, 2021, dan pada masa itu, semua operasi bukan keperluan telah digantung.

“Dari Januari hingga Ogos lepas, Perodua Myvi masih kekal sebagai model paling laris kami apabila 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit,” katanya.– BERNAMA

Bezza Model Popular, Pendaftaran Kenderaan PERODUA Pada Ogos Meningkat Kepada 26,039 Unit

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker