Ee Yi-Yew Sin sah naib juara BAC

Hasrat beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin untuk merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tidak kesampaian selepas mereka tewas di perlawanan akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Bin Hamdan itu, Ee Yi-Yew Sin dipaksa bekerja keras sebelum tewas 21-16, 17-21, 19-21 kepada beregu India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Walaupun menampilkan aksi cukup baik untuk memenangi set pertama, namun kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan Ee Yi-Yew Sin di set kedua membolehkan pasukan lawan bangkit dan mengheret perlawanan ke set penentuan.



Aksi set ketiga menyaksikan Ee Yi-Yew Sin kembali memperkemaskan permainan, namun kelebihan yang dimiliki Shetty-Rankireddy, terutamanya dari segi pukulan smash memastikan mereka membawa pulang gelaran Asia.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara dalam acara beregu lelaki di BAC adalah pada edisi 2007 di mana Choong Tan Fook-Lee Wan Wah menewaskan rakan sepasukan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12.

Sementara itu, gelaran perseorangan lelaki menjadi milik pemain Indonesia, Anthony Ginting yang menewaskan Loh Kean Yew dari Singapura 21-12, 21-8 manakala jaguh Taiwan, Tai Tzu Ying menang 21-10, 21-14 ke atas wakil Korea Selatan, An Se Young dalam acara perseorangan wanita.

Beregu wanita Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota memastikan gelaran milik mereka apabila menang 21-7, 21-14 ke atas Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan sementara beregu campuran China, Jiang Zheng Beng-Wei Ya Xin menewaskan rakan senegara, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-15, 21-16



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker