Pemuda Umno pertahan keluar simpanan KWSP

Pemuda Umno pertahan keluar simpanan KWSP

Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukanlah satu permintaan yang luar biasa, malah dibolehkan undang-undang, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, wang KWSP boleh dikeluarkan dan digunakan pencarum selaras dengan Akta KWSP 1991, justeru di bawah Seksyen 54 (K) (L) pencarum dibenarkan mengeluarkan wang jika mereka memerlukannya atau terdesak.



“Kita bercakap pasal mereka yang susah, terkesan dan kehilangan pekerjaan dan terdiri daripada 6.83 juta pencarum yang ada simpanan RM10,000 ke atas.

“Ada pindaan akta lagi di bawah klausa (M) dibolehkan kerana faktor pandemik. Permintaan ini bukan luar biasa kerana ia dibolehkan undang-undang dan Akta KWSP,” katanya ketika Program Berani Semuka bertajuk “KWSP: Lega sekarang, susah kemudian?” pada Khamis.

Asyraf berkata demikian ketika membidas hujah seorang lagi pendebat dalam program tersebut, iaitu Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mengatakan wang KWSP tidak boleh dikeluarkan kerana terdapat RM5.8 juta atau 45% pencarum yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah.

Katanya lagi, KWSP adalah jalan terakhir buat rakyat memandangkan kerajaan yang kini mempunyai hutang berjumlah RM1 trilion sukar untuk memberi bantuan dengan jumlah yang banyak.



Tambah beliau, wang KWSP yang diperolehi rakyat akan digunakan untuk membuat perbelanjaan keperluan mereka, maka ia sekali gus dapat membantu menggerakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Berdasarkan Social Wellbeing Research Centre (SWRC) Universiti Malaya, wang KWSP yang dikeluarkan digunakan untuk berbelanja, membayar hutang termasuk membeli gajet untuk anak mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Rekod menunjukkan kerajaan hanya boleh membantu menyediakan gajet untuk 150,000 murid yang mengikuti PdPR tetapi bagi baki 4.8 juta lagi murid, ibu bapa mereka menggunakan wang KWSP untuk membeli kelengkapan gajet bagi tujuan itu,” katanya.

Memetik Kajian Malaysia Institute Economic Research (MIER), beliau berkata, dengan pertumbuhan 1% KDNK akan mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan, maka mereka yang hilang pekerjaan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berpeluang untuk bekerja semula.



Dalam hujah itu juga beliau berkata, seramai 140,608 hilang pekerjaan, 500,000 golongan M40 kini menjadi B40, manakala 10,680 jatuh muflis setakat Mac 2020 hingga Julai 2021 serta 100,00 premis perniagaan ditutup. FMT

Pemuda Umno pertahan keluar simpanan KWSP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker