Salah kena belasah di media sosial

Salah kena belasah di media sosial

Moha­med Salah dikritik hebat oleh Mesir selepas juara tujuh kali itu tumpas 0-1 kepada Nigeria dalam aksi pembukaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) semalam.

Gol tunggal bintang Leicester, Kelechi Iheanacho membolehkan skuad Super Eagles mengutip tiga mata berharga dalam Kumpulan D, sekali gus meninggalkan Salah dan rakan-rakannya menjadi mangsa ‘serangan’ peminat.

“Salah ibarat bermain dalam mode hantu.”

Itu antara serangan yang dite­rima bintang penyerang Liverpool tersebut dalam media sosial.

Meledak 23 gol dalam 26 perlawanan bersama kelab musim ini, Salah, 29, bagaimanapun hanya melakukan 14 sentuhan pada babak pertama.

Bergandingan dengan Moha­med Elneny, Ahmed Hegazi serta Trezeguet di jentera serangan, Salah dan skuad The Pharaohs tenggelam sepanjang perlawanan.

“Salah ada menyentuh bola? Lawan telah merantainya,” tulis seorang peminat di Twitter.

“Mesir main macam ‘sampah’. Tidak boleh merungut kalau Salah pulang lebih awal bersama pasukan,” tulis peminat yang lain.

Nigeria, juara AFCON tiga kali menerima pujian atas kemena­ngan itu, malah menguasai sebahagian besar permainan.

Keputusan Super Eagles melantik Augustin Eguavoen sebagai pengendali sementara menggantikan Gernot Rohr berbaloi apabila bekas pertahanan Nigeria itu menjalankan tugas dengan baik.

“Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa tetapi Nigeria akan mengharungi kejohanan ini dengan baik, cubalah halang kami kalau mampu,” kata Eguavoen.

Nigeria akan berdepan Sudah dalam aksi kedua Kumpulan D, Sabtu ini, manakala Mesir menentang Guinea-Bissau. Utusan

Salah kena belasah di media sosial


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker