Jihad saya sentiasa diperli – Caprice

Sebaran :

Jihad saya sentiasa diperli – Caprice

Penyanyi rap dan selebriti usahawan, meluahkan rasa bengang lantaran sehingga kini masih ada pihak yang mempertikaikan caranya mengangkat perjuangan jihad sebagaimana yang sering dilaungkan olehnya sebelum ini.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli,34, dia percaya tidak semestinya seseorang itu perlu menunggu untuk menjadi seorang yang insan yang sempurna dalam usaha melakukan satu perubahan yang baik.

“Saya tak faham kenapa ramai tak habis-habis petik ‘jihad’ saya baru-baru ini. Tapi daripada lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL, okey saje saya berkarya dan pada masa yang sama tetap meneruskan usaha jihad dalam pendidikan saya.



“Tak kan nak tunggu jadi sempurna baru nak cuba buat bende baik?” katanya.

Caprice berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya semalam seiring dengan makluman mengenai pelancaran single baru berjudul Ayah yang juga pada malam semalam.

Selain itu, Caprice menjelaskan, sebagai seorang artis dan selebriti, dia gemar berkarya dalam seni hip hop namun tidak pernah melupakan jihad yang diperjuangkannya selama ini.

“Selama lima tahun ini, Alhamdulillah, kita dapat bina aplikasi seperti mengaji.com, Umrahloka, and IslamPro untuk komuniti kita. Cuma satu sumbangan kecil saya untuk membantu lebih ramai orang ‘jahat’ macam saya ini.



“Yang tak habis-habis perli jihad kita, saya tak akan pernah berhenti dalam urusan jihad dalam pendidikan yang telah dilakukan memandangkan, saya bukan buat itu demi manusia.

“Tetapi, saya akan terus berkarya dalam muzik dan filem untuk selama mana yang saya inginkan,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice juga sempat menyindir golongan warganet yang dikategorikan sebagai ‘ahli syurga’ menerusi hantaran yang sama.

“Anda semua yang ahli syurga, saya nak ucap tahniah sebab awal-awal dah boleh bau syurga. insyaAllah, suatu hari nanti, sumbangan kecil saya ini akan dipertimbangkan di akhirat kelak,”katanya.



Caprice melancarkan lagu terbaru berjudul Ayah yang menyaksikan kerjasama dan gandingannya bersama beberapa artis popular tempatan iaitu, SonaOne, Tuju, Loca B dan Zynakal. Utusan

Jihad saya sentiasa diperli – Caprice


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *