Bekas pengurus GLC dan dua anak direman seminggu

Bekas pengurus GLC dan dua anak direman seminggu

Johor Bahru: Bekas pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dua anaknya direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa membabitkan pemberian projek kepada dua anaknya itu membabitkan nilai lebih RM50,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan pagi tadi.



Terdahulu, ketiga-tiga suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru jam 8.25 pagi diiringi pegawai SPRM.

Ketiga-tiga suspek diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin.

Malam tadi, media melaporkan bekas pengurus syarikat GLC yang selesai direman berkaitan kes rasuah bagi mendapatkan kerja kontrak perladangan, ditahan semula SPRM petang semalam.

Penahanan semula suspek berusia 61 tahun itu bagi membantu siasatan satu lagi kes membabitkan penyalahgunaan kuasa membabitkan pemberian projek kepada dua anaknya.



Suspek sepatutnya dibebaskan daripada tahanan reman semalam berkaitan kerja kontrak perladangan, selepas direman sejak 6 Januari lalu.

Dia ditahan di Pejabat SPRM di sini, bersama dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 28 dan 34 tahun antara jam 4 hingga 4.30 petang semalam.

Pada 6 Januari lalu, bekas pengurus syarikat GLC itu ditahan sebelum direman bersama seorang lagi pengurus syarikat bagi membantu siasatan kes kontrak perladangan berkenaan.

Manakala pengurus syarikat berusia 61 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman lima hari terhadapnya tamat semalam.



Menurut sumber, sekitar Disember tahun lalu, suspek yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus GLC di Segamat memberikan beberapa kerja projek kepada dua anaknya yang memiliki syarikat sendiri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan dua anaknya. HM

Bekas pengurus GLC dan dua anak direman seminggu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker