Gaduh dekat stesen monorel Bukit Bintang, polis jakankan siasatan

Gaduh dekat stesen monorel Bukit Bintang, polis jakankan siasatan

Polis sedang menyiasat kes pergaduhan membabitkan sekumpulan individu yang berlaku berhampiran stesen monorel Bukit Bintang semalam.

Dalam rakaman video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di Facebook, kumpulan individu berkenaan dilihat bergaduh di satu lokasi bertentangan cawangan McDonald’s Bukit Bintang sekitar 12.30 tengah malam.

“Bahagian Siasatan Jenayah daerah Dang Wangi sedang menjalankan pengesanan ke atas kumpulan individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular dan siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian ini,” kata Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan.

Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222, talian penting polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau balai polis berhampiran.

Gaduh dekat stesen monorel Bukit Bintang, polis jakankan siasatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker