Jangan tertipu dengan tawaran kerja atau ganjaran palsu – Shopee

Jangan tertipu dengan tawaran kerja atau ganjaran palsu – Shopee

Platform e-dagang Shopee memberi amaran kepada orang ramai mengenai individu yang menyamar sebagai pekerja dalam taliannya yang menawarkan peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai dan hadiah cabutan bertuah.

Shopee berkata, ia tidak mengupah mana-mana individu untuk merekrut pekerja melalui platform pesanan.

Katanya, ia hanya menganjurkan peraduan seperti cabutan bertuah melalui aplikasi rasminya, halaman media sosial dan akaun perniagaan WhatsApp yang disahkan.

“Shopee ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar mengelak penipuan ini dan tidak menjadi mangsa kepada ganjaran dan tawaran pekerjaan palsu,” katanya dalam kenyataan.

“Sesiapa yang menerima tawaran peluang pekerjaan atau pertandingan yang diragui, sila hubungi balai polis berdekatan dan buat laporan serta merta.”

Katanya, ia akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam menangani aktiviti penipuan itu. FMT

Jangan tertipu dengan tawaran kerja atau ganjaran palsu – Shopee


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker