Isu Zeti Dan Keluarga Sorok RM65 juta-700 juta Lim Kit Siang Bisu

Sebaran :

Oleh Nurul Aishah

RAKYAT tertanya-tanya kenapa Lim Kit Siang membisu isu keluarga bekas gabenor menerima RM65 juta sehingga RM700 juta dana berkait 1MDB disorok di akaun bank luar negara.

Sebaliknya, Lim Kit Siang dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain mendesak bagaikan orang hilang akal isu kes ketua Pesuruhjaya SPRM memiliki saham bernilai sekitar RM300k hingga RM600k. Mereka serang habis-habisan dan desak kerajaan agar telus dengan memberi penjelasan yang menyakinkan.

Malah kes bekas menteri kabinet terlibat dalam kes SRC menerima RM85 juta dana berkait 1MDB untuk disorok di akaun bank proksi luar negara juga mereka membisu lagi.



Hipokrasi yang amat tinggi pemimpin PH menyebabkan rakyat semakin meluat terhadap mereka.

Sebelum ini, seorang bekas pembantu Najib Razak mencabar kerajaan mengesahkan kesahihan laporan yang didakwa disediakan SPRM ke atas bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz serta bekas menteri persekutuan, Nor Mohamed Yakcop.

Petikan daripada laporan itu didedahkan bekas wartawan Romen Bose dalam buku bertajuk “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government”.

Bose berkata, sejak 2018, SPRM didakwa menyiasat Zeti dan Nor Mohamed atas penglibatan mereka dalam isu 1MDB, bahkan badan itu dikata menyediakan kertas siasatan bertajuk “Laporan Kes AmBank”.



Menurut bekas konsultan kepada Najib itu, siasatan berkenaan didakwa mendapati ahli keluarga Zeti dan Nor Mohamed menerima wang berkaitan 1MDB yang “disorok” di Singapura.

Malah baru-baru ini, SPRM turut mendedahkan mereka berjaya mendapatkan semula kira-kira RM65 juta dana 1MDB daripada sebuah syarikat dikuasai suami Zeti, Tawfiq Ayman.

Perkembangan itu menimbulkan persoalan kenapa Zeti dan Nor Mohamed tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan SRC International membabitkan Najib, walaupun hakikatnya kedua-duanya telah membantu siasatan SPRM.

Dalam buku berjudul “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government,” Bose berkata: “Adakah SPRM benar-benar menyiasat keluarga Zeti dan Nor Mohamed pada 2018? Saya meminta mereka mengesahkan kesahihan (dakwaan) dalam dokumen itu.



“Jika dokumen itu tulen dan faktanya tepat, saya ingin bertanya apa tindakan yang akan diambil terhadap individu berkenaan?, kata Romen.

Dalam buku itu, Bose turut mengimbas perbualannya dengan Najib selepas berita mengenai skandal 1MDB dilaporkan.

Najib, menurut Romen, terkejut dengan keengganan Zeti membuat sebarang komen berhubung RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, walaupun mengetahui butiran perkara itu.

Dana itu disebut sebagai derma politik daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Bose berkata, Najib memberitahunya beliau memaklumkan Zeti mengenai sumber dana itu dan Zeti memberitahu beliau tidak nampak sebarang isu dengan tindakannya (Najib) membuka akaun bank untuk menerima wang berkenaan.

Najib memberitahu Romen, beliau mengharapkan Zeti untuk memaklumkannya jika timbul persoalan berhubung kesahihan derma itu, berdasarkan kedudukannya sebagai ketua bank pusat.

Apabila berita berhubung dana itu dilaporkan di media dan pasukan petugas khas mula menyiasat skandal 1MDB, Najib berkata, Zeti memberitahunya beliau tidak boleh memberi komen mengenai transaksi berkenaan atas alasan siasatan masih berterusan.

“Najib berkata beliau amat bingung kenapa dia (Zeti) pada mulanya dengan senang hati bersetuju akaun itu dibuka kemudian, tiba-tiba dilihat cuba menjauhkan diri” tulis Bose.

Bose, bekas wartawan Al Jazeera dan AFP, merupakan perunding komunikasi politik Najib ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Adakah kerajaan Malaysia masih mahu melengahkan lagi tindakan terhadap Zeti dan keluarga beliau serta membersihkan nama Najib? Rakyat sedang memerhati bagaimana DS Najib sedang dianiaya dengan memberikan beliau perbicaraan yang tidak adil apabila bukti-bukti sahih dan kukuh dinafikan. Rakyat tunggu masa untuk menghukum.


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *