Speaker nafikan BN mahu DUN Johor bubar 15 Jan
Tiada alasan kukuh untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan apalagi ketika rakyat dalam kesusahan akibat wabak Covid-19, jelas Speaker DUN Suhaizan Kayat.
Katanya, BN masih lagi mempunyai kelebihan satu undi dan kerajaan dengan majoriti tipis ini masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.
“BN masih ada kelebihan satu undi. Selama ini pun kerajaan bertahan dengan majoriti yang nipis dan tiada sebarang masalah berlaku.
“Tempoh penggal pun masih ada satu tahun lagi. Tiada sebab yang jelas untuk DUN di bubarkan di tengah-tengah keperitan rakyat hadapi pandemik Covid-19,”
Pada 25 Dis lalu, Kerajaan Johor memaklumkan akan memantau keadaan semasa termasuk meneliti keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di DUN.
Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata dia akan bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan negeri yang ketika ini mempunyai majoriti yang amat tipis dengan hanya satu kerusi yang boleh membuatkan kerajaan negeri dikhuatiri bertambah tidak stabil.
“Saya sedang memantau keadaan apabila berlakunya keadaan sedemikian dengan kematian Datuk Osman Sapian (yang merupakan) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, menjadikan (kerajaan negeri) Johor tinggal satu majoriti (kerusi) sahaja.
“Maka itu, perlu saya memahami reaksi khususnya kalangan parti-parti yang bergabung untuk menubuhkan kerajaan kerana kami telah bersetuju pada 6 Jan ini, kami akan mengadakan sidang khas untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 berkenaan dengan pengundi berusia 18 tahun,” kata Hasni.
Terdahulu hari ini BH melaporkan desas-desus pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat, semakin hangat diperkatakan, kebelakangan ini.
Khabar mengenai pembubaran DUN dan PRN Johor itu bertambah kuat sejak seminggu dua ini apabila parti politik, termasuk Pakatan Harapan (PH) Johor mengakui ada membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka, baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya mendapat maklumat DUN Johor mungkin akan dibubarkan seawal 15 Januari ini.
Speaker nafikan BN mahu DUN Johor bubar 15 Jan
Baca Artikel Menarik:
- Di Mana-Mana Babi Hutan
- Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati
- Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’
- Nabila Huda dah patut mati lama dahulu
- Varian Deltacron varian baharu Covid-19 ditemui
- Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15
- Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah
- Aksi Zul Ariffin mendukung tak disenangi ramai
- Nad Zainal dikecam tak cukup kain oleh netizen
- Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
- Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.