Sedut wang akaun mangsa

Sedut wang akaun mangsa

Berupaya mencipta pelbagai aplikasi khas khusus digunakan untuk menggodam telefon pintar mangsa selain menyedut duit simpanan di dalam akaun bank dalam tempoh masa singkat.

Kegiatan jenayah licik itu kian menjadi-jadi selepas beribu mangsa diperdaya penjenayah scammer profesional yang juga pakar selok belok membina aplikasi khas untuk tujuan jenayah terancang itu.

Terbaru, seorang ahli perniagaan, Samantha, 40, mendakwa rugi RM4,255 selepas telefon miliknya digodam toyol scammer ketika dia cuba menempah perkhidmatan pembersihan.

Menurutnya dia mengetahui perkhidmatan itu secara secara dalam talian bulan lalu sebelum menghubungi melalui WhatsApp.

“Namun suspek menghantar pautan dan meminta saya memuat turun aplikasi khas untuk membuat temu janji. Tanpa curiga, saya masukkan butiran peribadi ke dalam aplikasi itu.

“Saya diarah bayar deposit RM20. Saya cuba buat pembayaran transaksi menggunakan nama dan kata laluan bank di telefon pintar.

“Namun skrin paparan pada pautan perbankan internet itu menjadi kosong. Saya cuba guna akaun bank lain namun perkara sama berlaku,” katanya,

Menurutnya, dia terkejut mendapati berlaku pemindahan wang tanpa kebenaran RM3,655.40 melalui satu akaun bank miliknya.

“Saya terkejut mendapati RM600 dari akaun bank lain turut dipindahkan tanpa pengetahuan.

“Saya segera membuat laporan polis pada hari sama kerana mengesyaki seseorang menggodam telefon saya apabila saya memuat turun aplikasi itu,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amran, 35, kerugian RM5,670 selepas memuat turun aplikasi khas dihantar pihak kononnya menawarkan khidmat menjual kereta di bawah harga pasaran.

Menurutnya, dia yang tertarik membeli kereta model Audi A5 ditawarkan pada harga serendah RM40,000.

“Saya diminta memuat turun aplikasi khas kononnya bagi urusan tempahan kereta. Beberapa hari selepas memuat naik aplikasi itu pada Disember lalu, saya sedar wang simpanan saya hilang tanpa diketahui punca.

“Saya syak individu menawarkan kereta berkenaan menggodam maklumat peribadi saya,” katanya,

Sementara itu seorang penyelia tapak binaan menjadi mangsa selepas memuat naik aplikasi ciptaan toyol scammer yang turut mencuri data dan gambar peribadi mangsa bagi tujuan ugutan.

Mangsa, Mohamad Zulkaria, 40-an, memaklumkan menjadi mangsa sindiket ketika mahu memohon pinjaman peribadi baru-baru ini.

Dia mendakwa melihat iklan pinjaman wang berlesen sebelum menghubungi nombor tertera.

“Individu yang menjawab panggilan minta saya muat turun aplikasi nama Easy… kononnya bagi memudahkan permohonan pinjaman dilakukan,” katanya yang membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.

Menurutnya, dia mengikut segala arahan diberi dengan memasukkan maklumat peribadinya ke dalam aplikasi dimuat turun itu.

Dia terkejut menerima panggilan rakan memberitahu mereka menerima mesej mendakwa saya ada pinjaman tertunggak. Malah salinan MyKad serta gambar intim bersama tunang didedahkan scammer terbabit kepada rakan saya.

“Saya terima panggilan telefon dari individu tidak dikenali menuntut hutang walaupun pinjaman belum diperoleh.

“Saya mengesyaki sindiket itu menggodam telefon saya menggunakan aplikasi itu,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong memaklumkan pihaknya menerima aduan membabitkan modus operasi sama dengan kerugian lebih RM500,000 sejak awal tahun lalu. HM

Sedut wang akaun mangsa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker