Dua kali lompat! Ini punca ADUN Sementa sertai PBM

SHAH ALAM – Banyak pihak melihat Parti Bangsa Malaysia (PBM) tiada masa depan yang cerah dan wakil rakyat bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti dijangka ‘bungkus’ umpama menggali kubur sendiri.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Selangor, Dr Daroyah Alwi melihatnya daripada perspektif berbeza dan percaya PBM yang diketuai oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng itu mempunyai aura dan daya tarikan tersendiri.

Daroyah yang dilantik sebagai Ketua Wanita PBM, menjelaskan beliau tertarik untuk menyertainya kerana parti berkenaan mempunyai hala tuju dan matlamat perjuangan yang jelas.

“PBM mempunyai six pillars (matlamat) perjuangan yang jelas iaitu menjadi sebuah parti memperjuangkan nasib dan kebajikan masyarakat pelbagai kaum; mewakili suara anak muda; memartabatkan isu pendidikan, ekonomi dan sosial; menjuarai kebajikan kaum wanita; sains teknologi dan isu alam sekitar.

“Jadi saya melihat itu sebagai satu pendekatan baharu dalam situasi politik di Malaysia sekarang.

“Sebelum ini, tiada satu parti politik di Malaysia yang dilihat benar-benar memperjuang dan mengangkat isu seperti suara anak muda dan wanita serta masyarakat pelbagai kaum ini,” katanya.

Barisan kepimpinan PBM
Barisan kepimpinan PBM

Daroyah berkata, isu suara anak muda dan wanita hanya dipandang ringan atau dianggap enteng seperti ‘melukut di tepian gantang’ oleh parti lain.

Beliau percaya PBM mampu menjadi wadah baharu kepada anak muda dan wanita untuk menyuarakan pandangan mengenai pelbagai isu semasa di negara ini.

“Kita harap lebih ramai golongan muda, wanita dan masyarakat pelbagai kaum diberi peluang untuk menyampai mesej dan pandangan masing-masing. Itulah kebaikan dan manfaat saya lihat dan tertarik menyertai PBM ini,” katanya yang sudah dua penggal menyandang jawatan ADUN Sementa.

Ditanya sama ada mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sementa sekiranya bertanding atas tiket PBM pada pilihan raya nanti, Daroyah berkata, sebagai ADUN Sementa, beliau akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada penduduk.

Dua kali lompat! Ini punca ADUN Sementa sertai PBM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

`

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker